Thursday, January 8, 2009

Fakta ini







Award dan Tag dari Kema

Kema adalah seorang perempuan lawa. Beliau ini bukan kecil cinonet. Beliau tinggi orangnya. Kema lawa. Namun, dalam adik beradiknya, beliau lah yang paling kecil sekali. Itu fakta dari pengakuan beliau. Beberapa perkara yang tidak terteka oleh saya adalah beliau ini tidak pandai membawa basikal dan tidak makan pedas. Kema lawa. Saya pernah tersalah teka tempat pembelajaran beliau di peringkat matrix. Tapi beliau telah membetulkannya. Beliau juga selalu mengetag saya. Beliau lawa. Saya tahu beliau sudah bekerja tapi tidak tahu pekerjaan sebenar beliau melainkan blogger separuh masa. Saya rasa beliau sesuai menjadi pendidik. Beliau lawa.

*oke cepat banje gua char koey teow


10 fakta tentang diri saya

1. BMI saya terkeluar dari normal range. Saya percaya kerana tulang saya berat.

2. Seluar saya ketat. Saya percaya ia disebabkan saya tak suka pakai seluar besar-besar.

3. Hanya certain2 tshirt saje yang boleh saya pakai supaya tidak kelihatan ganjil di perot. Bukan sebab saya boroi, tapi sebab ia ‘macam’ buncit.

4. Jantung saya sihat. Ia cepat menjadi normal walau selepas berlari. Itu kata doctor itu hari.

5. Saya anak lelaki harapan keluarga. Bunyi macam hebat. Taklah. Sebab saya anak lelaki seorang tapi saya tidak lembut.

6. Saya tidak mudah percaya apa-apa tanpa bukti. Mungkin saya tidak cakap. Tapi ia fakta. Saya mampu membiarkan penipuan dilakukan ke atas saya dengan muka bersahaja.

7. Saya beruban. Bukan sebab keturunan kot. Sebab saya bukan keturunan SultanAzlan. Saya bercita-cita mempunyai rambut seperti beliau. Sungguh cool.

8. Saya suka mempermudahkan otak saya mencongak. Misalnya soalan; tiga setengah tahun samadengan berapa bulan? Dulu saya kira, tiga tahun samadengan 3 x12 bulan dan tambahkan dengan setengah tahun @ 6 bulan jadi 42 bulan. Ia boleh dipermudahkan dengan pengiraan 7 x 6. Dapat tak?

9. Saya tak suka orang tangkap gambar saya. Sebab saya suka tangkap gambar sendiri. Luzer.

10. Saya manusia paling happy hari ini kerana cita-cita, sudah hampir ke sana. Sudah approved. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Syukur pada tuhan.

10a. Saya tidak mahu mengetag sesiapa. Tapi kalau mahu buat, bererti kamu samada kacak atau cun terlajak. Itu pasti. Sekian.


19 comments:

a.b geldofg said...

:)...sihat bro?...ala tk dgr brita

na.ni said...

1. bengong ko! perli plak..ckp aku lawa byk2 kali..penampar nak?? miahahaa
2.CKT ko aku bg time ko blk mesia. tarak hal bebeh..hehe
3. hahaha gila kewl rambut cm sultanAzlan.. ganbatte am! LOL
4. trimas sbb buat tag. btw kema tu keje die system analyst. [fakta neh]

Inah said...

alhamdulillah :)

laki cikgu kimia said...

ab geldofg, bz2 sket akhir2 ni la kawan.

kem, yes! ade orang nak banje lagik!

Inah, tq inah. doa kamo jugak kan.

Sarah Mohd Shukor said...

Fakta no. 1, 2 dan 3 adalah berkadaran ok. Haha. Lucu betul la awak ni Am.

Uiks. Apa khabar? Sorry dah beberapa hari tak menjenguk. Busy.

Oh ye. Fakta tentang Kema banyak diselangi 'Kema Lawa'. Awak berjaya meyakinkan saya bahawa Kema adalah seornag yang lawa ;)

na.ni said...

ish..cik sarah ni..bikin saye blushing je.. [sambil tempek blusher kt pipi..]
muahahhaa.

p/s: am tu tingtong. xyah la pcaya propaganda beliau. hmphh!~

Ain Mardhiah said...

salam chi am..

sultan azlan mesti bangga kerana fesyen rambutnya dicontohi... hehe.. =P nanti dah ada fesyen macam tu kat rambut kamu, jangan lupa kasi tunjuk.. Kita tengok chi-am-with-the-sultan-hair! hehe

laki cikgu kimia said...

sarahshukor, saye oke je. tu la. nampak sangat kamu bz sarah ye.

kem, namapaknye atleast dua pinggan CKT nih.

chinul, hihih.. cool kan.

SRISUFI said...

salam Am...

kabare??hope sihat ye..

fakta yang melambangkan anda mmg seorang yang berfikir...suka baca...

chekgu Bani Hassim said...

haha...
ganjil di perot??
tu tandenye ko dah semakin tue..
pengumpulan lelemak degil tu yg menunjukkan berapa byk uban yg ko ade...ahaha...

N a b i L said...

brape byk la berat tulang tu sampai BMI buleh terkeluar dari normal range? Hmm

laki cikgu kimia said...

srisufi, saye sihat.. tengok je lah no 123 huhu

chekgubanihashim, itulah masa sentiasa berdetik. teringat kawan aku nak kejar umur awek die yg stahun lebih tua. smpai bila pon tak sampai..

nabil, beraaaatt wooo.. betooolll..

pink_butterfly said...

cehh,ayat last 2 yg x tahan...

'kalau mahu buat,bererti kamu samada kacak atau cun terlajak.'


sy cun tapi tak terlajak. so xyah bwat la kan...

hahaha

en_me said...

ahaha, cita cita ke phuket gittewww.. ammvoiii

laki cikgu kimia said...

pink_butterfly, 'saya cun'?

en_me, kerjaan.. mencari rejeki en me oi.. huhu

toye, lu sape nih.. siot je kan. nak pecah lubang hahaha *komen kamu terpakse saye padam

Anonymous said...

buncit la seksi...

laki cikgu kimia said...

kalu da kawin maybe kot akim..

SyAhiRah LaLAla said...

no. 8 -- tak dapat. isk. cemana ni?

laki cikgu kimia said...

2 & 6 are factors for 12.

12x3.5 = (6x2)x3.5 = 6x(2x3.5) = 6x7

thats it for today. see u tomorrow at 8. don forget to finish ur homework. :P