Wednesday, October 22, 2008

Mengantuk kepuasan..

Aduh.. mengantuk pula mata ini… semalam tidur lewat.. gara-gara membantu tetamu yang datang ke rumah.. sudah dua hari beliau singgah ke rumah.. mahu bantuan untuk projek katanya.. beliau ini lebih sedikit umurnya, maka itu aku ada sedikit segan mengajar beliau itu ini.. tetapi selagi daya aku cuba.. setelah dua hari, baru malam tadi.. aku, beliau dan seorang sahabat.. telah dapat mengeluarkan berbagai-bagai lagi teori yang bukan-bukan itupun setelah tarikh bertukar..

Benarnya semalam.. ada seminar.. maka bermula sembilan pagi sehingga enam petang baru pulang.. lalu dapat menyambung kerja membantu beliau.. jadi, malam itu dapat kami rekodkan segala ralat-ralat yang mungkin adalah penyebab kepada ketidakberkesanan rekaan baru itu..

Harap hari ini hari cerah untuk beliau.. agar dapat mempersembahkan teori-teori baru itu pada ketua beliau dengan baik.. tapi sepanjang pengiraan aku semalam.., aku hampir pasti bahawa teori-teori itu betul.. sekurang-kurangnya poin utama kita.. sepertimana kata sahabat: Teori ini setakat ini adalah yang terbaik.. jadi ini patut kamu highlight kan pertama pada ketua kamu esok,oke!.. Semoga beliau sukses..

Aku mengantuk, tapi puas..

p/s: bukan sombong atau berlagak di sini, sengaja isi masa.. mengantuk!

6 comments:

l.i.f.e said...

bantuan yg membuahkan kejayaan memang berbaloi. satisfaction

laki cikgu kimia said...

betul3.. *upin ipin lagi

Sarah Mohd Shukor said...

unsur kepenatan yg sama. ya. berusahalah!

laki cikgu kimia said...

oh iya? berusaha2!

Nurul Nadiah said...

mesti happy je beliau tu. Untung beliau =)

laki cikgu kimia said...

saya juga berharap..