Sunday, December 27, 2009

Michael Kors

Baru pukul dua puluh satu dua puluh minit malam. Nak tido nak tunggu Isya pulak. Haih..

Ini hari ada sales. Boxing Day. Syurga dunia. Gua pulak ada futsal tournament tadi pagi. Siap lebih kurang gua drop Cikgu Kimia kat Mall berdekatan. Sepuluh minit lepas tu gua dah sampai tempat futsal. Jap.. eh dah pukul dua puluh satu dua puluh dua minit malam dah sekarang ni.

Lebih kurang jam empat belas petang, gua habis main final. Tangkap gambar lebih kurang. International Tournament. Final kami menang tujuh dua. Pusingan kelayakan berapa gol pon gua dah malas nak kira. Samada team lawan semua kurang hebat atau team gua semua onform. gila-gila. Entah. Gua main biasa-biasa je. Tambah lagi tiga minit masa gua taip kat atas tadi.

Last gua dapat sms dari bini gua. ‘Rambang Mata’. Tulisan beliau. Habislah.. ujar gua dalam hati. Gua sampai, tengok keadaan masih terkawal. Sedang dalam beg sandang beliau entah macam-macam yang ade. Gua rilek je. Suami mithali mana suka fikir negative. Dah tambah lagi tiga minit lagi pulak..

Ending kisah hari ni. Isteri kesayangan gua belanja Michael Kors warna putih. Oh I love my wife very much!


Hobi terbaru gua sekarang ialah melihat jam di tangan. hahaha..

Tuesday, December 22, 2009

Entri pembangkit semangat sendiri..

Rasanya dah garfield abes dah mata gua sekarang nih. Tak pulak rasa nak tido. Cikgu Kimia dah baik punya cilok dah..

Tadi petang dibelanja rakan makan-makan di kedai Pak Arab moden. Gua bedal sambil lupa Ahad ni ada International Futsal Tournament, yang memberi maksud sepatutnya gua kena jaga makan.

Semalam lebih kurang dua pagi jugak gua sampai rumah, layan futsal. Firasat gua selain perut yang perlu penyusutan, lutut kiri gua juga perlukan perhatian khusus. Luka lama berdarah kembali..

Kerja gua kalau laju-laju sangat pon selalu langgar tebing. Sekarang sangkut lagi dengan suatu permasalahan lain yang biasa gua lampiaskan dengan merempit motor cub laju-laju zaman degree dulu, atau skating sorang-sorang di celah-celah Mat Salleh menjelang hujung-hujung zaman sarjana, sebelum dapat solusi hakiki.

Layan lagu jerit-jerit, futsal, bola, sport hape-hape pon, shopping ke, pada gua bukan lagi suatu 'cure' tapi bolehlah sebagai sekadar 'pain killer' seadanya.

Sampai sekarang gua tercari-cari cara nak release atau 'sit-back' di alam maya pada ini. Gua belum jumpa cara terbaik untuk fasa pekerjaan gua.

Jenis gua, biar gua perah habis-habisan, kerah sampai lembik. Asal kerja gua siap sempurna. Yang itu baru gua. Am. Ingat.

Itu baru gua!

Sunday, December 20, 2009

Semangat kala cuti..

Gua tahu ramai orang sudah mula bercuti sejak hujung minggu lepas lagi. Tak kira sambut krismas atau tidak.

Apa yang gua pasti sekarang, idea pekerjaan gua semakin mencurah-curah. Biar gua bizi sikit sementara tak ramai orang kat ofis ni. Semak mata jugak kadang-kadang.

Oke lah. Gua nak sambung kerja. Bye.

Tuesday, December 15, 2009

Needless to say..

Dia ingat dia kiut begitu. Biarkan..
-PIC REMOVED-

Aktiviti hujung minggu: strawberry n cherry picking bersama isteri..

Tuesday, December 8, 2009

It fails to write to the registry.

Siapa ada masalah perkomputeran dengan pernyataan warning box seperti tajuk di atas, pasti akan cuba meng'google' solusi dari forum teknikal di internet sebagai suatu alternatif memperbaiki laptop sendiri.

Biar semua orang yang menghadapai masalah yang sama dengan gua terbaca blog gua di sini.

Solusi gua yang tidak tahan sabar ialah dengan mem'format' laptop.



Dan layan lagu ini ulang-ulang sampai lebam!



Sekian. *nada geram

Sunday, December 6, 2009

Adakah ini yang terakhir?

Baru seminggu je bini gua datang sini, gua dah 'converted' jadi sebuah tong dram yang amat cumil. Lalu sistem penyahtinjaan gua juga jarang-jarang dapat berehat lama.

Kenangan sepanjang 08-09
Yang tengah paling latest. Best player tuuu wewit!

Kenangan. Ahad minggu lepas gua baru je di'nominated’ sebagai 'best player' merangkap ‘top scorer’ dalam satu tournament futsal tempatan, namun seminggu kemudian (tadi) gua langsung ditertawakan secara terus-terusan sebagai seorang gemok yang tewas bermain badminton melawan bini sendirik.

Kasihan kata beliau menyaksikan gerak tubuh ayu gua. Ces!



Ayat cover: bini gua main Center untuk netball open ritu dapat champion siap oke. So, sementara gua tak fit nih saje la kasik can die menang tadi :P