Gua beli orange juice dari pasaraya berdekatan dua hari lepas. Reduced price. Due date hari ni. Memang gua struggle nak habiskan dua liter.
Sudahnya kelam malam gua kini diterangi cahaya mentol bilik air Energy Saver warna Cool Daylight. Dua tiga kali gua bangun melepas hajat.
Effort gua dalam menangani masalah peribadi ini adalah dengan meminum sebanyak mungkin air bagi meneutralkan tahap rembesan keasidan hasil atas tindakbalas darah putih yang mengesan bendasing dalam perut gua. Itu teori picisan gua. Gua memang suka-suka bikin teori sendiri.
Sekarang, pada masa entri ini ditulis pun, gua ada rasa macam nak terkucil tapi ku tahan Jebat. Tak cukup dengan itu, gua ada rasa mual, loya, sakit kepala, sakit urat dan macam-macam lagi.
Okelah. Gua nak tolong bini jap. Sebagai suami mithali, tanggungjawab zahir gua adalah termasuk menolong isteri memasak dihujung minggu. Mengeratkan silaturrahimlah katakan..
Saturday, May 28, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Gear reverse..
Salam.
Huh lama jugak gua tak hapdet. Maklumlah.. Fasa gua ni orang putih kata.. tengah 'at stake' sekarang ni.
Hati gua gembira sekarang ni. Family gua dengan segerombolan makcik-makcik kesayangan gua datang melawat gua di sini.. masa gua banyak diisi dengan aktiviti bersama keluarga dengan rasa gembira dan bahagia senantiasa.
Oh ya. Gua taknak cakap, "Kasih sayang gua pada anak gua tak pernah berubah..". Alaa.. macam ayat-ayat cerita Melayu.. Gua semakin sayang anak gua ni sehari-hari.
Anak gua dah siap install gear reverse. Masa terlentang atau meniarap, arah jalannya adalah reverse. Heheh comel betul. Lepas gua bagi makan buah-buahan Heinz, gua tengok anak gua selalu aktif semacam. Gua saspek over sugar ke hape. Heh. Sampai tertonggeng-tonggeng. Ngee... comel comel comel!
Pagi ni cadangnya nak bawak family jalan-jalan tengok kanggaroo n koala n macam-macam binatang tempatan lagi. Dua binatang utama yang gua highlight tadi, kira wajiblah.
Okelah. Banyak kisah sedih berlaku akhir-akhir ni. Gua saje cuba happy-happy ni hah. Semoga tuhan selalu tolong gua.. Isk..
Saturday, May 7, 2011
Lakon layar oleh Ummi..
Sedang dalam perjalanan menyusuri jalan jauh Great Ocean Road, sayup-sayup kedengaran perbualan mengisi kebosanan antara sepasang suami isteri.
Suami: Kalau ditanya kepada lembu samada mahu berkawan dengan Goat atau dengan Sheep, agaknya yang mana yang akan lembu pilih.
(Niat si suami untuk mengenakan isteri. Jika dijawab bolehlah diejek isterinya nanti kerana pandai menjiwai seekor lembu. heh)
Dengan selamba isteri isteri menjawab: Mestilah sheep. (nada serius)
Suami: Ha? Confident je? Kenapa?
Isteri: Sebab dia racist..
*
*
Ngahahahah... dekah tawa memecah pantai..
Suami: Kalau ditanya kepada lembu samada mahu berkawan dengan Goat atau dengan Sheep, agaknya yang mana yang akan lembu pilih.
(Niat si suami untuk mengenakan isteri. Jika dijawab bolehlah diejek isterinya nanti kerana pandai menjiwai seekor lembu. heh)
Dengan selamba isteri isteri menjawab: Mestilah sheep. (nada serius)
Suami: Ha? Confident je? Kenapa?
Isteri: Sebab dia racist..
*
*
Ngahahahah... dekah tawa memecah pantai..
Gambar Ummi. Captured by Baba and si budak kakak..
Subscribe to:
Posts (Atom)