Gua sakit belakang tumit. Not a happy couple flat foot. Dah pakai insole pon tak jadi. Kat internet orang kata pakai buah betik muda. Memang la senang sangat nak carik betik muda kat sini! Tak ada kaitan dengan kesihatan kelamin. Sori sikit. Gua sakit belakang tumit. Bukan bawah tumit. Heh.
Gua sakit bawah buku lali kanan. Macam ada tulang terkeluar. Dah jumpa GP, dia kata nak inject Stereoid, tapi tahan sakit sementara, gua tak nak. Specialist kata boleh repair, tapi atleast enam minggu kena rest, gua tak ada masa seribu lapan jam nak buang-buang macam tu je.
Gua sakit lutut kanan. Twisted suatu masa dahulu. Tak ada kaitan makanan feveret muda-mudi dulu, Cheese Twisties.
Gua dah ada banyak penyakit orang-orang middle age. Matematik mudahnya umur gua kali dua, tak panjang sangat lah hayat gua nih.
Gua makin kehilangan warna rambut. Kurang klorofil agaknya. Eh tak ada kaitan.
.
Tapi gua gembira. Anak dan bini gua semua sihat.
*Kawan-kawan bini gua kata anak gua comel macam mak dia. Gua tak salahkan mereka kerana mereka sebenarnya tak pernah melihat muka gua. Heh.
Monday, December 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
silelah kurangkan berat badan.
ab pro tuh dh berabuk dah
hahaha. habis tu comey macam siapa? hahaha
esan, da start ni. tghr td x mkn nasik.
pinky, obvious kot. :P
bagila can kat mak..mak bawak 9 bulan baby tu...hehe
Post a Comment