Thursday, August 12, 2010

Lintas langsung tanpa 'buffering' dari workshop!

Gua rasa lega sangat-sangat. Mushkil tahap pak belalang gua selama ini terungkai jua. Sebab kenapa flow rate gua tidak malar adalah kerana pump yang tersumbat.

Abis segala teori mak nenek semua gua keluarkan. Rupa-rupanya berkait rapat dengan ke’Choke’kan tersebut. Nyaris lagi gua ilang sabar dengan menjoin majlis barbeque tertutup workshop sebelah. Nyaris amat.

Demi meraikan kejayaan gua menumpulkan keruncingan masalah tadi, mari kita bermain teka-teki.


Seorang lelaki ensem naik ke tingkat atas workshop. Beliau adalah seorang muslim. Sudahlah muslim ensem pula. Saling tak tumpah macam wajah dalam cermin gua tengok tadi pagi.

Melewati bilik pantry, tertancap pandangan beliau ke arah sebuah Cookie Jar. Aneh. Bau yang sedap dari dalam Jar berbentuk kepala hanjing comel itu tidak menarik sedikit pon pada beliau.

Soalan: Kenapakah lelaki muslim itu tidak memakan biskut sedap didalam Jar kepala anjing tersebut?

Sila jawap.

.
.


Teeettt! Salah! Bukan sebab kepala hanjing, tapi sebab beliau berpuasa lah!
Heheh Selamat Berpuasa semua!



-bosan giler teka-teki kau kali ni Am.. lol

8 comments:

Pekerja Kontrak said...

hahahahaha... yg penting ada idea.... xde tido la...

en_me said...

ahaha.. lelaki muslim ensem yg berpuasa hari ini kannns jawapnnyerr..

CIKGU NAMAN said...

gua pun rasa lelaki dalam cermin pagi tadi dan dalam bilik air tadi ensem

Kensi Ell Byle said...

selamt berpuasa juga..

penulis.sahaja said...

siot teka teki dia.
buat gua fikir jauh.
padahal jawapan depan mata.
abstrak sungguh!

aida said...

Selamat berpuasa

ihsan_huhu said...

sbb ape die xmakan? sbb die dh terjage dr tido bini die punye kaki naik atas muke die.

baru je nk mimpi jadik lelaki hensem

Cikgu Zam said...

salam tuan,
ok la tu, beresssss, dijamin!!