Tuesday, February 23, 2010

Mana ada laju..

Kurang enak. Gua ada sedikit perasaan kurang enak pagi ini.

Kes pertama: Cuba lu orang bayangkan sebuah katil, yang mana dijika dilihat melalui sudut pandangan atas memberikan bentuk segiempat dengan paksi x dan y. Dengan boundary conditions, x maksima dan y negative maksiama terhalang dengan no slip wall.

Atau dengan bahasa mudahnya, katil yang dirapatkan ke dinding bahagian kepala dan bahagian kanannya. :P

Dikala waktu menjengah kesiangan, bini gua yang sudah lama bangun terdengar seakan bunyi hantukan yang kuat disambut dengan hilai tawa merdu dari beliau. Gua yang kesakitan akibat terhantuk dahi merasa sedikit alpa dengan serangan raksasa barangkali, semasa mimpi tadi, lalu tewas.

Tidak henti-henti ketawa beliau. Ces!


Kes kedua: sedang enak gua menyusuri dengan kelajuan tidak malar dalam perjalanan ke opis tadi, kelihatan pak polisi dengan camera bukan DLSR nya. Harap-harapnya gambar kereta gua bukan menjadi sasaran.

Last time gua kena, AUD220 untuk kelajuan 58km/h di kawasan 50km/h. Tahun 2008 kena AUD202 untuk kelajuan 67km/h di kawasan 60km/h.

Tadi di kawasan 70km/h. Harapnya gua tidak melepasi kelajuan itu. Gua tidak perasan.
Tak nak gua membazir wang membayar saman untuk kelajuan yang tak selaju mana. Lain lah last saman gua di Malaysia dulu, hanya RM100 (selepas rayuan) itu pon dengan kelajuan 158km/h.

*

Atau patutkah gua mula menunggang basikal semula?

15 comments:

ihsan_huhu said...

naik je beskal. polis tgh buat RBT pon ko leh cilok2 selambe

Anonymous said...

menunggang basikal elok untuk menipiskan lemak dengan konsisten.
ada branz?

I'm Seri said...

Naik basikal lagi seronok


=)

Nurul Nadiah said...

nek beskal lagi best. mcm sembiluuuu =D

laki cikgu kimia said...

esan, nampaknya gua kena beli seluar ketat yang ada pad kat bontot tu lah..

oney, tapi gua sudah mula kembali bersukan. *alasan

iris, seronok kan. tapi kalau summer or winter? abis..

nadia, sembilu tu sejak gua praktikal kat penang dulu tak abis2 lagi ek? :D

nazrinzaidi said...

begitu komplikated cerita pasal posisi katil.

lu kena ride motor balik.
ikut jalan dalam.
tak de polis.

cegu yang annoying said...

musti best cegu kimia gelak sampai guling2 hahahahha~~~

ala, jangan guna basikal, roller blade dahla~~~~~

ihsan_huhu said...

xyah.. bontot ko mcm dh ckop padding dah. kang xpasal2 polis tahan sbb igt seludup beras pulak

pink_butterfly said...

mmpi apa ntah smpai leh thantuk kat dinding....eheheh

laki cikgu kimia said...

nazrin, gua cuba cari jalan dalam, hj taib lane saja belum gua susuri.

syakira, siap beralun2 cakap kau!

esan, seludup beras tu exaggerate. last aku check ala2 footy player je..

yan, lawan rakasasa sotong. :P

imHepPie said...

basikal la ley kurus haha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

basikal tua lagu sudirman kalo denga boleh kurus badan

CIKGU NAMAN said...

158???PERGHH

aida said...

nasib ade dinding..kalau x da jatuh katil..

laki cikgu kimia said...

imheppie, dah kurus. *tipu

brutalsolo, baaaaasikal tuaaaaa..

naman, kereta sedap gua berani la..

aida, lagi parah kan.. :D