Sunday, February 21, 2010

Geng sekolah rendah gua..

Apakata sedikit tribute untuk rakan-rakan sepermainan? Idea bernas kedengaran.

Kita mulakan dengan geng lima serangkai masa sekolah rendah gua. Aus, Dan, Apeh Man, Raeh, dan gua sendiri. Kecil-kecil gua memang sudah ada kumpulan kongsi gelap. Apa sahaja aktiviti memang kami sentiasa lakukan bersama-sama. Kami rakan sebaya.

Gua mula ada beskal sendiri masa darjah dua. Rider nama dia. Asalnya beskal ni tak laju. Dapat kat gua dia jadi laju. Dua tiga hari lepas beli. Gua dah tanggalkan roda bantuan sisi kat belakang tu dah.

Beberapa bulan lepas tu gua dah mula pandai nak modify pulak. Macam-macam part gua nak tukar. Kasik cantik. Nak lawan dengan beskal Apis Man. Sebab nama apis ramai, die spesel dapat tambahan nama bapak kat belakang.

Apis Man suka mekap beskal dia. Die pasang lampu depan beskal dia double. Cantik woo.. Mentang-mentang anak tokey kedai. Bapak dia banyak duit. Kami suka kawan dengan dia. Dia banyak duit.

Gua dengan Dan n Raeh. Terpaksa round-round kampong cari beskal-beskal lama buat spare part. Aus tak amik port. Dia yang penting gaya. Gua ingat die la orang first ada seluar tempah dalam sekolah tu. Hebat betul. Dia ni kira macam ketua kitorang la. Tak banyak cakap sangat. Serius orangnya.

Gua tiga orang sampai pergi tempat pelupusan sampah cari spare part. Pakai seluar pendek, selipar jepun dengan t-shirt. Sampai sana bukak baju tengah-tengah panas, ikat tutup hidung. Bau. Gila kampong tak kampong la gua.

Kalau Apis Man tanya jangan bagitau kita dapat mana spare part ni. Kita kata beli dekat pasaraya. Pasaraya Bon-Bon. Suka hati buat cerita.

Banyak gak hasil. Dapat sepit udang, tayar, handle LC (motor panther punya), ni kalau bawak spanar idop ni lagi boleh dapat macam-macam. Boleh bukak sap depan blakang amik bearing, nat. Nat sepuluh paling feveret pasal banyak nak pakai. Sapa dapat jumpa sarang bearing lagi best. Dekat kepala sepit udang dengan dekat sap depan belakang. Piring 52 biasa ada dekat basikal tua. Sprocket belakang kena la kecik paling kurang 16 gigi baru ada top speed. Itu hasil diskusi dengan geng-geng gua nih.

Korang mesti tak paham term-term yang gua pakai ni. Sebab lu orang mana kampong sangat macam gua ni.

Belum gua nak cerita pasal semanggang la, macam mana nak straight kan sepit udang la, nak buat lampu brek belakang la. Hah mana boleh kasi tau. Rahsia. Sapa ada seat L lagi hebat. Tapi kalau ada gergaji besi boleh buat sendiri ja. Aus biasa ada. Sebab dia suka kerja tukang-tukang.

Masa darjah berapa gua tak ingat. Kitorang register masuk satu kelab lumba beskal. Cis beria. ‘Register’ konon. Nama kelab LBC1. Line bicycle Clip One. Kenapa one gua tak tau. Tanya Padel. Dia ketua.

Pekerjaan berlumba haram bermula selepas solat isya di masjid. Kalau line clear la. Bapak Raeh garang. Gua pernah kena tampo sekali sebab bising masa berbuka puasa kat masjid. Eh silap itu bukan bapak Raeh itu bapak Rajis. Rajis ni tempat pinjam spanar jugak. Muda sikit dari geng kitorang. Sebab dia cool dia dapat join kelab. Dan jugak sebab dia ada banyak spanar. Senang nak pinjam.

Geng-geng gua ni ramai yang ada abang. Abang Aus nama dia Abai. Dia kawan baik dengan Erma (laki) dengan Min. Abang Raeh nam Awang n Ji nama abang Dan. Ji ni kidal dia pandai lastik burung. Kalu pergi ‘memburu’ ramai-ramai pusing kampong. Ji selalu dapat lastik burung serindit. Dekat dada.

Abai, Min dengan Erma agak garang. Tapi kalau main bola ‘deme’ (diorang dalam bahasa perak) selalu nak geng dengan gua. Tak payah cakap pasal apa. Semua orang dah tau. Obvious.

Gua dengan Apis Man tak ada abang. ‘Kume’ (kami) ada kakak. Kakak kume cantik pulak tu. Itu pon masalah jugak. Sikit-sikit nak kirim salam. Nyampahkan.

Gua ingat masa PJ, Cikgu Hamdan pernah test baling bola hoki dekat dada Aus. Nak test oke tak baju keeper hoki yang sekolah gua baru beli tu. Gua piker-pikir balik tak bernas jugak idea tu. Dah tentu la pad dada tu cap ayam. Nipis je. Itu la first time gua tengok Aus nangis.

Aus pernah tak nak kawan dengan Dan, Raeh dengan gua sekali. Sebab dia tak terpilih untuk main hoki dekat stadium perak. Nasib baik tak jadi sebab dah dekat nak upsr. Kalau tak, tak muhibbah dah.

Kalu dia tak nak kawan dengan gua. Senang ja. Gua tulis nama dia bagi kat cikgu disiplin. Dia selalu datang pagi lewat. Eleh saja ja gua bagi can tak tulis nama dia. Pengawas lain pon tak berani tulis sebab gua kan ketua pengawas. Dah la rumah Aus depan sekolah ja. Pon nak datang lambat selalu. Nasib baik mak dia selalu kasik gua makan pisang goreng free kat kedai dia. Kalau tak letih jugak gua. Sekupang satu tau.

*

Oke cukup. Dah dekat dua A4 dah gua taip nih. Kalu buat kerja mesti dah banyak nih. Nanti-nanti gua ada mood gua sambung lagi. Gua nak cerita pasal perang tanah liat, kisah perang pakai senapang kayu dengan peluru yang pernah kena mata kiri gua yang menyebabkan gua rabun, kisah menembak dan menjala ikan, kisah buat jerat masa nak pegi buang air, dan macam-macam lagi.

Cukup. Bye.

11 comments:

morsmode said...

perh.
ketua pengawas rupenye.

Nurul Nadiah said...

nadia ade pengalaman pahit dengan beskal. x best x best

huhu

Maryam said...

kecik-kecik modify basikal.. sekarang modify kereta tak? hehe

ihsan_huhu said...

meh cni modify beskal aku boleh aku mng tour down under taun dpn

nazrinzaidi said...

wah gila panjang nak cerita zaman kegemilangan.

modify basikal power lah ni?

laki cikgu kimia said...

matadore, dah tak ada orang sangat la tu baru gua terpilih..

nadia, hape yg x best tu agaknye ye..

maryam, kecil-kecilan je.. pakai webber karburator bila rindu..

esan, mana nak cari basikal tua?

nazrin, tu baru sikit. gua ada cerita tak pasal bawak beskal lepas tangan? hebatkan? :P

cm said...

Anak CM ada yg suka modified beskal. Agaknya bila besar nanti boleh kerja macam Am tak??? Nak keja kat oversea jugak!!!

Cikgu Zam said...

wouu, indahnye pengalaman.......

laki cikgu kimia said...

cm, jadi lebih baik adalah digalakkan :D

cikgu zam, sekali-sekala mengimbau..

MSOM said...

Aslmkm LAKI CIKGU KIMIA, wah pakar KIMIA lah kiranya ni?

laki cikgu kimia said...

bini gua pakar la kot. gua x la for sure.. heh.