Tuesday, October 14, 2008

Kentut betul!

Benarnya aku amat sibuk kebelakangan ini… tapi kejadian pagi itu sangat mengguris ketelusan hati ini.. lalu aku post entri jijik ini..

Normal memang kalau ada yang melepaskan angin bila-bila.. tapi harap kau sedar keadaan sekitar.. jangan suka-suki..

Mana tahu ada di sekitar itu orang-orang yang sedang bersemangat bara ingin ke office.. idea penuh di minda berkira-kira menulis penuh bermuka-muka? Kau rosakkan pagi dia dengan bauan kurang enak itu!

Jangan nanti aku buat satu mesin baru.. Mesin penyimpan bau.. sedang enak kau bergelak tawa sesama rakan.. aku launch bau itu.. ya, bau yang sama kau lemparkan pada aku dalam tram hari itu! Sengaja aku duduk dekat-dekat lalu aku launch bau itu dekat kau.. sambil senyum aku pergi.. mahu?

Cis.. dasar montot tidak berbedung! Kentut tak basuh punya budak!

11 comments:

Anonymous said...

hahahahha. kelaka ok. pasal kentut pon nak emo ke? lexx ar. hehe. boleh ke cipta mesin cenggitu ek? =P

na.ni said...

LOL.

hahaha!
apakah la~

haih. tabahkn ati enchek critikelthinker..

wei..wwat shud i call u? pnjg benau nick kome ni..haihh..

laki cikgu kimia said...

aimi, still under literature review.. tiada yang tidak bisa.. ;)

kema, panggil jer.. crit (eh macam tidak sopan), tickle (geli la), thin ke (soalan perli la pula ), panggil abang la.. pulak daaaahhh!!!

Sarah Mohd Shukor said...

emo dengan bau-bauan la pulak ye. org yg ada pe'el gini bak kata org, jenis kencing berdiri jgk. ni org la kata, bukan sy kata. haha. ntah sanad mana yg pakai ni :p

semoga diri terurus dlm kebizian yg ada.

laki cikgu kimia said...

sarahshukor, siapa yang kencing berdiri? pelepas angin atau mangsa? hendak tahu juga teori itu, please.. saya memang suka akan teori.. sanad itu pula apa? ilmiah betul komen kamu ini

Sarah Mohd Shukor said...

ya rabbi. ilmiah apanya. hehe. teori tu utk si pelepas angin. utk mangsa, setakat ni takde teori lg. sanad tu, kalau ikut ilmu hadis, org yg menjadi perantara penyampai hadis yg ada sambungan terus ke Rasulullah sbg sumber hadis. mksd sy di atas, teori tu ntah dtg dr mana org yg menyampaikannya. jd, teori tu skdar teori suka hati :D

adakah awk terkena bang bang boom dlm kes ini :p

laki cikgu kimia said...

sarahshukor, oo begitu kisahnya.. *catit2

kelak keluar teori lagi ya.. hendak dibukukan... *grin

na.ni said...

panggil abg?
iskk..tua sgt ke anda neh??
40 thun eh? hahaha

laki cikgu kimia said...

kema, oit manade tua sangat.. schweiitt aje..

Nurul Nadiah said...

eiuwwwwwwwwww

heh =p

laki cikgu kimia said...

tu la iyek..