Monday, April 11, 2011

Update yang bukan sedikit..

Mula-mula on Winamp. Play: Mahkota Band - Jangan ganggu dulu.


Oh macam mana ada lagu ni dalam laptop gua? Ini kalau tanya bini gua ni, jawap dia, "Kakak la tu!"



Sekarang ni kalau ada soalan berbentuk "Siapa", jawapan dia mesti "Kakak".



Contoh: Sapa kentut ni bang?



* * *



[krik-krik] Sunyi plak rumah ni takde orang. Cikgu Kimia keluar dengan anak dia. Pergi rumah kawan nak buat kek ramai-ramai.



* * *



Gua tulis kat sini sedikit update pasal gua satu keluarga so nanti bila bila gua dah jadi orang yang berjaya, gua boleh baca balik sambil senyum-senyum.



*

*

Mak dengan makcik gua dan kawan baik beliau pergi umrah hari ni . Semoga ibadah mereka diterima tuhan. Angah tak dapat balik nak hantar mak ke KLIA. Uuuuu sedih niiiii...



*

*

Kakak gua nak tukar kerja baru. Dengar-dengar banyak gajinya. Itulah berkat selalu membelanja adik.



*

*

Bini gua semakin into shape. Bolehlah sebab laki dia tak pandai masak.



*

*

Anak gua bila gua nak marah je, dia senyum. Nak buat-buat marah pon tak jadi. Orang lain juga sering mengaitkan kemontelan beliau dengan gua. Patut habis.



*

*

Gua dah malas nak merungut pasal bentuk badan sendiri.



*

*

Pasal kerja. Gua dah pegi Phuket dan Singapore dulu pasal kerja. Gua target nak pergi Ireland bulan enam ni. Germany bulan lapan. Tak pasti lagi, harap-harap jadi. Bawak anak bini pon tak pasti lagi.



*

*

Gua semakin kurang risau pasal kerja-kerja gua. Alhamdulillah tuhan banyak tolong gua. Tinggal lagi masa je nak kena pandai jaga.



*

*

Gua finalisekan semua kerja-kerja nanti, bolehlah gua kurangkan campuran lemak dalam darah gua, jalan-jalan tak payah pakai GPS, sakit kepala tak payah lama-lama, tak payah tanya banyak kali nama-nama sedara belah bini gua, tak payah cover malu sebab tak ingat yang abang ipar gua memang dah lama isap rokok, beli-belah pakaian baru untuk gua sebab kata bini gua dah lebih dua tahun gua asyik pakai baju niiiiiiii saja...



Semoga anak gua membesar dengan baik dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.



Semoga bini gua semakin membesar lagi pada bahagian perutnya pada masa yang sesuai dan turut tergolong dalam orang-orang yang berjaya juga.



Semoga gua tidak membesar lagi di bahagian perut dan terus maju dan berjaya moga-moga hidup dan mati gua di jalan Allah..

4 comments:

L.e.y.h.a said...

good luck untuk semua harapan kau. hahaha

ihsan_huhu said...

u can do it am. aku sapot dari belakang.





sbb kat depan mcm xbape nk ade space dah

Zie said...

Aminnnn...semoga semuanya termakbul..


geramnya kat baby Ma'iesyah..comel bangat!!

l.i.f.e said...

Amin...semoga yang baik2 sahaja untuk kamu sekeluarga