Friday, March 18, 2011

Anak Baba jangan demam jugak yee..

Start Selasa aritu sampai ari ni Sabtu. Gua berpantang dari mencium pipi anak gua, Kakak. Gua dijangkiti demam, batuk dan selsema yang teruk. Badan gemuk gua ini jadi susut sikit dah gua rasa.

Badan tak larat. Start Selasa aritu jugaklah gua cuti tak pegi opis.
Nak cerita teruk tak teruk demam ni, Cikgu Kimia suhu dia sampai 39.5C. Cuak juga gua malam-malam. Sementara gua masih sihat pada masa itu, gua tolong 'jelum'kan kepala beliau dengan air asam jawa. Makan ubat macam-macam pon. Pharmacist pon cerewet sikit, oke untuk breastfeed la, demam macam mana la, chesty cough la, cold la, spesifik sangat. Orang macam gua ni biasa makan panadol je. Nak nama sedap sikit paracetamol.

Lepas Cikgu Kimia kebah dari demam, turun gua pulak. Flat gua. Dah pakai macam nak main snow plak gua arituh dikesiangan ari. Biasa demam gua teruk lepas pukul 12 tengahari. Macam-macam.

Nevertheless, awal pagi, gua angkat Kakak dari cot dia, gua peluk kemas-kemas. Syarat nak datang dekat Kakak kena pakai mask. Jadi kalu lu orang masuk rumah gua memang ada macam dekat hospital sikit-sikit. Ada macam-macam ubat dengan misi-misi die skali.

Nampak gua peluk Kakak, bini gua marah jangan lama-lama takut berjangkit.

"Rindu..", balas gua sayu melihat Kakak yang dah mula terbatuk-batuk dengan mata merah ..

7 comments:

aida said...

hmm..breastfeed mother memang kene pilih ubat yang bersesuaian beb..nanti kalau kuat effect ke anak sekali..aku pulak memang liat sikit nak makan ubat2 ni kalau demam..takut effect ke anak..amik madu or vit C or minyak ikan scott or seven seas tu as alternatives..tambah ubat yg kuat2 mcm selsema n batuk tu..aku memang awal2 cakap kat dr or pharmacist aku fully bf..nak ubat yang x effect ahmad ghazi..

Zie said...

kesian semua..

get well soon utk semua..

kesian baby dah mula batuk2..

laki cikgu kimia said...

aida, betul gak tu. tp tgh stress2 crr ubat die tanye mcm2 jd amarah jugak huhu

zie, mmg kesian sgt.. tp baby masih nak senyum2 main lg, mcm pujuk bgtau; dont worry bout me Baba.. i am a strong girl..

piNky LuCiA said...

alaaa.. comey nya ayah rindu anak.. lalala

ihsan_huhu said...

bile plak badan ko gemuk nih? adakah ini pengakuan sebenar?

laki cikgu kimia said...

pinky, sedey woo..

esan, kebenaran itu mmg pahit.. maaf x dpt jd role model lu lagi dah huuu

SCHAKEYRA said...

serius sadis part last tu..rindu.. adeees~~