Friday, January 21, 2011

Kisah lelaki kiut..

Satu sepuluh tengahari sabtu. Panas gaban di luar.

Gua baru pulang dari wreckers. ia adalah sejenis kedai kereta potong. Tapi jenis ini adalah sedikit rare. Kita perlulah membawa Spanner dan tool sendiri, juga men'dismantle' barang-barang yang dikehendaki kemudian men'declare' dan mebayarnya di kaunter pembayaran denagn sendirinya jua.

Oh ya. Spanner FC adalah nama team gua yang mana gua diimport sebagai striker. Yang masa perlawanan akhir tu lagi beberapa minit nak habis pastu bola ada dekat gua, dan semua geng pihak lawan kejar nak kerjakan kaki gua, lalu gua bawak bola turun ke kawasan sendiri, tiba-tiba gua pass member gua yang dah takde orang jaga kat atas, pastu dia gol kan, dan kitorang terus menang Corporate Cup 2008.

Tiga tahun lepas gua boleh la cerita, sebab sekarang nak cerita pon malas akibat excess baggage yang gua carry kat bawah dada bidang gua ni.


Okelah. Gua nak cerita pasal sparepart yang gua amik tadi. CV joint Mazda gua buat hal dua minggu lepas gua dah tukar. Lepas tua ada 'weird sound' dekat sebelah tayar kiri depan. Gua saspek wheel bearing. Kerana kemudahan kabel gua dengan pomen2 tempatan bukan jalur lebar, jadi gua ketandusan bantuan untuk mendapatkan 'hydraulic press' untuk menukar bearing. Langsung gua cari wheel hub together with bearing.
Sebab gua malas, gua bukak ala kadar, detik hati gua barang-brang bundle macam ni takkan lah mahal sangat. Sekali dengan brakepad, clip, disc, gua bajet dalam empat puluh something je. Sampai kaunter dia boleh kira satu-satu part tu! lapan puluh satu dollar!

Istighfar gua di dalam hati setelah terkeluar perkataan kurang enak dari mulut gua secara otomatik. Langsung gua bukak semua benda tinggal Wheel hub dengan bearing je cun-cun jadik harga tiga belas dollar.

Nak sedap lagi, tengah gua peluh-peluh jantan cenggitu ada uncle tanya gua nak buat apa, saja nak bersembang dengan gua agaknya, maklumlah dengan muka gua yang kiut ni banyak jugak lelaki-lelaki yang tegur gua dengan niat yang serong.
Gua cakap nak dismantle ni lah, nak hub aje. die gelakkan gua siap bagitau kawan-kawan dia lagi, betapa nerd nye gua ala-ala comel nak bukak benda yang kena bukak selalunya guna 'hydraulic press'.

Agaknya die tak nampak, ade sticker Sekolah Mekanikal dengan lambang universiti denag toolbox gua. Dah siap bukak gua nampak mamat tu dekat kaunter bayaran. Saje gua buat-buat tak nampak. Saje je nak cover muke lu je..



Apahal la panjang sangat entri gua kali ni ye dak. Maklumlah.. gua bizi amat selama ni. Ini baru ada masa terluang sedikit..

Oke lah sampai ketemu..

1 comment:

ihsan_huhu said...

fuh xpe japg aku p bli maxxis refuse kat city