Thursday, September 30, 2010

tak rajin

Ini hari Jumaat. Saya sangat malas hari ini ooooohhh!

Thursday, September 23, 2010

Satu entri berlagak yang tidak bermanfaat

Ari ni gua macam lebam sikit. Balik opis awal. Tadinya ada presentasi. Macam tuut.. aja persembahan gua. Tidak mantap. Gua agak keciwa dengan kamu Am! Sudah pakai seluar slack Suave dan berkasut Classic Polo pon masih tidak cemerlang!

Balik dari opis, dengan berpakaian kemeja biru dan kemas bertali pinggang Sembonia pada paras bawah pusat, gua gigih menampal tayar kereta di sebelah depan yang pancit terkena skru. Kalau di Mesia, rm5 sahaja. Atas alasan malas, gua golekkan tayar tersebut ke kedai kereta sebelah rumah. Jahanum. AUD30 only terpampang di resit bayaran. Dan kisah tali pinggang itu, kalau kita huraikan lagi secara detail, ia dikenakan pada lubang nombor dua paling akhir, membawa maksud saiz pinggang yang tidak ramping. Lagi faktor presentasi hambar. Pinggang juga sebagai punca.

Petang, bagi melampiaskan nafsu yang membuak-buak, gua menjoin futsal di padang simen. Akibat dari cengkaman tapak kasut nike baru gua yang kurang mantap, gua jatuh terjelepuk. Mulia sedikit dari macam nangka busuk. Tak berkat pakai kad kredit agaknya. Mana ada hutang banyak. Rm229 sahaja.

Balik dari bercuti kecemasan selama dua minggu di mesia, mengkopakkan poket seluar atas nilai ringgit Malaysia mahupun Australian Dollar. Jadi sekarang wallet Sembonia warna coklat itu berjisim sangat ringan. Dengan AirAsia dan Tiger Airways, kami dua beranak setengah pergi dan balik dengan selamat pada harga Rm 48++. Jadi faktor ekonomi juga pasti sedang mengganggu fokus gua sekarang ini.

Entah apa dalam kepala gua nih. Struktur bahasa gua semakin celaru. Efek kegagalan presentasi tadi agaknya. Tanpa latihan, memang gua akui presentasi tadi agak hambar. Entah! Menyampahlah!

Berkali-kali gua menjeling jam tangan hadiah dari isteri gua ini. Harganya rm960 jika di Mesia. Tapi cerminnya sudah calar sedikit sekarang. Adakah ini juga faktor kehambaran presentasi gua tadi. Segalanya serba tidak kena bagi gua. Butet betul!

Nak lagi best, dikala permasalahan ekonomi meruncing ini, nak tepat lagi, masa lunch tadi, boss gua pulak menyatakan High Comissioner dari mesia yang gua sepatutnya jumpa untuk berbincang project, duenya adalah minggu lepas. Khabarnya pihak Gomen sanggup membayar rm25-30k sebulan seorang untuk project kerjasama. Tak ke malang nasib gua arinih?

*

Biarlah gua merepek di sini, menenangkan jiwa.

Gua baca di internet tadi. Ada perkataan butiran. Macam best sahaja perkataan ini. Gua sangat enjoy menyebut kata akarnya.

Butir! Butir! Butir!

Cuba kita jadikan perkataan ini sebagai suatu ejekan.

Butir! Butir! Butir! (sambil mencebikkan bibir). Hulamek! Jadi wooo!

Saturday, September 4, 2010

Lemang

Waaaarrrghhh!

Gua nak balik Malaysia!

Thursday, September 2, 2010

Rupanya esok hari jumaat.

Sape tak kenal dengan anak tan sri zakaria tu. Semua orang tahu. playboy tu.

*

saye ingat awak lain. rupanya awak pon sama. sama dengan perempuan lain.

*

saya sedar diri saye. saye sedar kehidupan Irham tu macam mana. memang saye tak layak untuk dia.tapi tak salah saya berdoa untuk dia. supaya dia berubah.

*

Sudahlah su. saya mintak maaf ye siti. saya tahu. saya tak layak nak nasihat awak.

*

-bunyi laut mneyembah pantai-

*

Syuhadaaaa! maafkan aku..!!

*
*

episod lapan belas. -Epilog Syurga Cinta-

gua tengah bizi depan pc ni. boleh cikgu kimia layan drama dengan volume kuat2 plak kat laptop. cais!