Thursday, July 22, 2010

Teka teki malam Jumaat

Malam Jumaat. Dua dua minit pagi. Gua di dalam bilik tidur utama. Baru selesai basuh tangan kiri keluar dari bilik air.

Reverse sepuluh minit. Gua bersama Cikgu Kimia di dalam bilik tidur nombor dua. Gua bizi di depan komputer hebat sedang beliau sedang sibuk menyalin nota grammar dan sebagainya, yang berat untuk gua huraikan di sini. Tengahari tadi pergi kelas bahasa Inggeris percuma. Isi masa lapang dengan berfaedah puji gua di dalam hati. Rajin pulak beliau bersosial dengan bangsa asing. Benda bagus gua galakkan.

Reverse lagi sejam setengah. Baru bangun tido. Lebih kurang dua belas malam lebih sikit. Semalam menyiapkan kerja tak tidur satu hari. Dapat hasil yang gembira sampai tak boleh tidur sudahnya.

Reverse lagi tujuh jam. Lepas maghrib gua tertidur.

Reverse dua puluh empat jam. Gua baru tertidur kali pertama yang kali keduanya tidur lepas maghrib itu.



Soalan: Adakah masa tidur gua yang berkadar langsung dengan kecerunan 0.5 berbanding operator pengeluaran III shift malam, bakal memberikan impak yang besar dalam hidup gua?



Teka-teki episod ini nampaknya macam agak susah. Tapi kerana soalan jenis ‘Adakah’ ni jawapan dia antara dua sahaja, ‘Ya’ atau ‘Tidak.

Secara tidak langsung para peserta telah mendapat setengah markah secara automatik sebelum menjawab. Jika menjawab betul maka markah penuh adalah satu tetapi jawapan yang salah bakal memberikan jumlah markah sifar.

Terserah anda.

4 comments:

Kensi Ell Byle said...

jgn la majlis peperiksaan lantik ko buat soalan exam. lingkup bebudak nak jawab. hhaha

CIKGU NAMAN said...

aku kena belajar kalkulus peringkat 18 we nak jawab nih

ihsan_huhu said...

bende yg lepas xyah diingat lg

Ain Mardhiah said...

ha??!! tak paham. tak paham.

hehe.. saja je nak kasitau. Fathiyyah yang selalu ditukar2 nama dengan ainul tu menikah harini. Pasni boleh reset ye, dia puan, ainul cik. hehe