Saturday, July 3, 2010

Kisah kejutan budaya dan beberapa ekor toyol..

Gua sangat sedih apabila melihat perubahan manusia dari fasa positif menjadi negatif. Yang dulu berlitup semua sekarang highlight sini sana, musim sejuk pon pakai skirt, baju berlurah dendam, dan sebagainya. Musim panas belakang kira.

Kalau kau memang dari dulu lu macam tu, gua memang tak tau nak kata apa. Sukati lu orang. No offence oke.

Jumpa orang-orang tua macam gua ni, laki ke pompan, bagi la salam. Nak hip pon, ‘Hai’ pon takpe. At least senyum pon gua terima. Gua ulang sekali lagi. Laki dan pompan.

Maybe ada yang dah kenal gua sebagai laki orang, senyum tu gua jamin takkan mengundang ke arah madu atau apa. Jangan perasan. Laki pon jangan buat sombong. Macam dia sorang duduk obersee. Berlagak!

Sekonyong-konyong, gua juga ada terlepas senyum atau tegur pakcik-pakcik,gua mintak maaf in advance. Sama ada muka saudara-saudari semua tak macam orang Malaysia sangat atau gua memang tak perasan. Gua mintak maaf lah.

*

Cerita kejutan budaya ni, gua nak bedstory kan kisah gua mula-mula kerja sebagai seorang engine-near muda la konon-kononnya.

Dinner sebuah syarikat perkapalan terkemuka daerah Pasir Gudang sana. Makanan utama Nasi Itik instead of Nasi Ayam orang kita. Dengan kata lain ‘bukan’ species orang kita lah yang administered makan malam ni.

Gua yang sebagai wakil kepala kontraktor pembaikian setahun jagung ini, macam sedikit terkejut dengan seni kebudayaan persembahan tari. Pakaian manusia berlainan jantina tersebut hanyalah jenis yang kecil-kecil sahaja.

Dengan kedua-dua tangan memegang gelas jus buah-buahan gua, mata ini melilau kiri dan kanan. Takut juga kalau air yang di top up dalam gelas gua tak di terima dalam Islam.

Ada yang bergelak tawa macam orang mabuk. Atau memang sedang mabuk. Orang kita. Siap bidding AirSetan jenis mahal untuk tujuan hadiah kepada bos-bos kapal. Biasalah. Pelaburan.

Sama juga dengan hamper-hamper menjelang New Year. Duit minyak hadiah. Tak payah kasi gua. Gua pon ada dapat elaun minyak, tol, kereta, semua. Yang halal.

*

Bini gua dapat sms dari adik gua. Berita gembira. “Adik dapat 4.0 flat!”. Gaban ke hapa. Mana ada orang score Master macam tu. Master adalah masa berbulan madu. Heheh alasan. Saje je tak nak mesej bagitau gua direct. Tak nak hurt gua la agaknya.

Master dulu, gua pulas full throttle, superman siap, masuk gear pakai tangan, pon nyaris lepas cukup makan. Tak dapat markah warna terbang.

Gua saspek (bukan respect (sebab gua egois)) dekat adik gua nih. Gua rasa dia bawak toyol.

7 comments:

penulis.sahaja said...

sumpah pawer kalau boleh skor smpai 4 flat dlm master.
fuh!

Kensi Ell Byle said...

tergugat u....hahaha..die jage hati hang tu wei..

ihsan_huhu said...

aku kat sini xdpt 4 flat bkn sbb ape, sbb kat sini system die 7.

mane ade org sebut 7 flat, kl dpt pon xkan nk kecoh2 plak kan

aida said...

bace panjang2..yang part last2 tu je aku faham..

sape kate takde org score master mcm tu..ade laa...ehem ehem..

nazrinzaidi said...

part yang superman tu tak boleh bla.

gua pun syak adik lu pakai toyol.

nazrinzaidi said...
This comment has been removed by the author.
Cikgu Zam said...

salam Tuan,
menarik perkongsian tuan,
begitulah juga apa yang berlaku di tempat saya jelajahi sekarang ini, pemakaian mmg sgt tak matching dengan cuaca, mereka lebih rela "tersiksa dan susah" kerana nak bergaya dan "menghipokritkan diri sendiri".
Aduhhhhhhh.....dunia kini