Di hari yang mulia ini, gua nak ceritakan sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti lewat hari semalam. Lewat malam tak kan la gua nak cerita dekat sini jugak kan.
Gua gunting rambut semalam. Percuma. Gua berjaya menghasut keberanian bini gua untuk menggunting rambut buat kesekian kalinya. Mengikut sejarah, kali terakhir beliau menggunting rambut adalah lebih kurang belas-belas tahun yang lepas. Resultnya adalah di bawah par. Tidak memuaskan dan turut dimarahi oleh ibunda beliau kesan rambut adik yang telah kecundang hangus layaknya.
Tanggal bersejarah tersebut adalah merupakan hari terakhir sebelum gua bertukar umur. Untuk pemahaman otak-otak kurang laju, gua klarifikasikan di sini bahawa hari seterusnya adalah Hari Jadi gua.
Sweet 16. Macam biasa lah. Setiap tahun gua mengaku nombor tersebut adalah umur gua. Ramai yang tipu percaya gua.
Untuk memudahkan proses ‘mowing’ di atas batu jemala patik, gua sisipkan sekeping technical drawing buat titipan beliau sebagai reference.
Ramai jugak yang tau besday gua. Terima kasih gua ucapkan atas ingatan anda semua. Apa kata dilain episode kalian sisipkan sejenis cenderahati, cenderamata, jantung, buah pinggang dan sebagainya. Besar tapak tangan, besar itu jugaklah contour berwarna sekata di muka kalian.
Selamat tinggal dunia remaja. Mulai esok umur gua sudah kembali menjadi 17 tahun. Di sini sudah bukan lagi bawah umur. Gua boleh masuk main game di tempat hiburan dengan baju sekolah di dalam beg.
Cool.
Friday, July 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam,
selamat hari lahir, semoga panjang umur murah rezeki dan bahgia selalu, Amin
bnykla sweet 17...selmt hari lahir. haha
epi besday am!!
Selamat hari comel......
(iya lah...selalunya budak-budak comel saja yang sambut birthday bagai nak rak. Kan!)
Post a Comment