Thursday, July 22, 2010

Teka teki malam Jumaat

Malam Jumaat. Dua dua minit pagi. Gua di dalam bilik tidur utama. Baru selesai basuh tangan kiri keluar dari bilik air.

Reverse sepuluh minit. Gua bersama Cikgu Kimia di dalam bilik tidur nombor dua. Gua bizi di depan komputer hebat sedang beliau sedang sibuk menyalin nota grammar dan sebagainya, yang berat untuk gua huraikan di sini. Tengahari tadi pergi kelas bahasa Inggeris percuma. Isi masa lapang dengan berfaedah puji gua di dalam hati. Rajin pulak beliau bersosial dengan bangsa asing. Benda bagus gua galakkan.

Reverse lagi sejam setengah. Baru bangun tido. Lebih kurang dua belas malam lebih sikit. Semalam menyiapkan kerja tak tidur satu hari. Dapat hasil yang gembira sampai tak boleh tidur sudahnya.

Reverse lagi tujuh jam. Lepas maghrib gua tertidur.

Reverse dua puluh empat jam. Gua baru tertidur kali pertama yang kali keduanya tidur lepas maghrib itu.



Soalan: Adakah masa tidur gua yang berkadar langsung dengan kecerunan 0.5 berbanding operator pengeluaran III shift malam, bakal memberikan impak yang besar dalam hidup gua?



Teka-teki episod ini nampaknya macam agak susah. Tapi kerana soalan jenis ‘Adakah’ ni jawapan dia antara dua sahaja, ‘Ya’ atau ‘Tidak.

Secara tidak langsung para peserta telah mendapat setengah markah secara automatik sebelum menjawab. Jika menjawab betul maka markah penuh adalah satu tetapi jawapan yang salah bakal memberikan jumlah markah sifar.

Terserah anda.

Wednesday, July 14, 2010

Pertama kali

Banyak berita baik yang nak gua ceritakan di sini. Tetapi memandangkan aktiviti menulis blog sudah jatuh ke tangga lapan ratus dalam senarai prioriti hidup gua, gua akan tulis entri kali ini dengan ringkas.

Pertama, gua semakin pasti pekerjaan yang gua usahakan selama ini semakin hampir ke titik akhir. Ending yang kita katakan Happy ending. InsyaAllah.

Kedua, baby dalam perut dah semakin membesar dengan sihat. Perut si Ibu akhirnya sudah membesar lebih dari perut si Ayah. Alah si Ibu mengurang tetapi kalau dengan asyik "Alah membeli, Menang memakai", pasti boleh menyebabkan si Ayah semakin pokai. :P

Dan ada beberapa lagi berita baik yang minor.

Tatkala (sapa la cipta perkataan ini tak senonoh pulak rasanya) demikian, ada juga bintik-bintik hitam sebagai penyeri putih gembira gua ini misalnya, kaki gua yang injured dulu ada macam tulang nak terkeluar, jumpa doktor dia kata mungkin nanti nak kena inject streoid ke hapa la. Kena tunggu next appointment Isnin nanti.

Lagi pulak, gua dah tak berapa paham otak gua sekarang. Otak nak taip hurf 'M' kenapa jari asyik nak tekan no '3'? nak kena Format jugak kepala hotak gua ini..

Oh ya berbalik kepada tajuk, ini 1st time gua post entri pakai workstation baru. Laju woooo!!





Friday, July 9, 2010

Semakin hari semakin comel gua ini.

Di hari yang mulia ini, gua nak ceritakan sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti lewat hari semalam. Lewat malam tak kan la gua nak cerita dekat sini jugak kan.

Gua gunting rambut semalam. Percuma. Gua berjaya menghasut keberanian bini gua untuk menggunting rambut buat kesekian kalinya. Mengikut sejarah, kali terakhir beliau menggunting rambut adalah lebih kurang belas-belas tahun yang lepas. Resultnya adalah di bawah par. Tidak memuaskan dan turut dimarahi oleh ibunda beliau kesan rambut adik yang telah kecundang hangus layaknya.

Tanggal bersejarah tersebut adalah merupakan hari terakhir sebelum gua bertukar umur. Untuk pemahaman otak-otak kurang laju, gua klarifikasikan di sini bahawa hari seterusnya adalah Hari Jadi gua.

Sweet 16. Macam biasa lah. Setiap tahun gua mengaku nombor tersebut adalah umur gua. Ramai yang tipu percaya gua.

Untuk memudahkan proses ‘mowing’ di atas batu jemala patik, gua sisipkan sekeping technical drawing buat titipan beliau sebagai reference.



Ramai jugak yang tau besday gua. Terima kasih gua ucapkan atas ingatan anda semua. Apa kata dilain episode kalian sisipkan sejenis cenderahati, cenderamata, jantung, buah pinggang dan sebagainya. Besar tapak tangan, besar itu jugaklah contour berwarna sekata di muka kalian.

Selamat tinggal dunia remaja. Mulai esok umur gua sudah kembali menjadi 17 tahun. Di sini sudah bukan lagi bawah umur. Gua boleh masuk main game di tempat hiburan dengan baju sekolah di dalam beg.

Cool.

Saturday, July 3, 2010

Kisah kejutan budaya dan beberapa ekor toyol..

Gua sangat sedih apabila melihat perubahan manusia dari fasa positif menjadi negatif. Yang dulu berlitup semua sekarang highlight sini sana, musim sejuk pon pakai skirt, baju berlurah dendam, dan sebagainya. Musim panas belakang kira.

Kalau kau memang dari dulu lu macam tu, gua memang tak tau nak kata apa. Sukati lu orang. No offence oke.

Jumpa orang-orang tua macam gua ni, laki ke pompan, bagi la salam. Nak hip pon, ‘Hai’ pon takpe. At least senyum pon gua terima. Gua ulang sekali lagi. Laki dan pompan.

Maybe ada yang dah kenal gua sebagai laki orang, senyum tu gua jamin takkan mengundang ke arah madu atau apa. Jangan perasan. Laki pon jangan buat sombong. Macam dia sorang duduk obersee. Berlagak!

Sekonyong-konyong, gua juga ada terlepas senyum atau tegur pakcik-pakcik,gua mintak maaf in advance. Sama ada muka saudara-saudari semua tak macam orang Malaysia sangat atau gua memang tak perasan. Gua mintak maaf lah.

*

Cerita kejutan budaya ni, gua nak bedstory kan kisah gua mula-mula kerja sebagai seorang engine-near muda la konon-kononnya.

Dinner sebuah syarikat perkapalan terkemuka daerah Pasir Gudang sana. Makanan utama Nasi Itik instead of Nasi Ayam orang kita. Dengan kata lain ‘bukan’ species orang kita lah yang administered makan malam ni.

Gua yang sebagai wakil kepala kontraktor pembaikian setahun jagung ini, macam sedikit terkejut dengan seni kebudayaan persembahan tari. Pakaian manusia berlainan jantina tersebut hanyalah jenis yang kecil-kecil sahaja.

Dengan kedua-dua tangan memegang gelas jus buah-buahan gua, mata ini melilau kiri dan kanan. Takut juga kalau air yang di top up dalam gelas gua tak di terima dalam Islam.

Ada yang bergelak tawa macam orang mabuk. Atau memang sedang mabuk. Orang kita. Siap bidding AirSetan jenis mahal untuk tujuan hadiah kepada bos-bos kapal. Biasalah. Pelaburan.

Sama juga dengan hamper-hamper menjelang New Year. Duit minyak hadiah. Tak payah kasi gua. Gua pon ada dapat elaun minyak, tol, kereta, semua. Yang halal.

*

Bini gua dapat sms dari adik gua. Berita gembira. “Adik dapat 4.0 flat!”. Gaban ke hapa. Mana ada orang score Master macam tu. Master adalah masa berbulan madu. Heheh alasan. Saje je tak nak mesej bagitau gua direct. Tak nak hurt gua la agaknya.

Master dulu, gua pulas full throttle, superman siap, masuk gear pakai tangan, pon nyaris lepas cukup makan. Tak dapat markah warna terbang.

Gua saspek (bukan respect (sebab gua egois)) dekat adik gua nih. Gua rasa dia bawak toyol.