Dum! Dum! Dum! Merdu sekali bunyi lesung hayunan ayu Cikgu Kimia. “Nak buat kerisik”, katanya.
Selesai tadi pagi sarapan gua dengan pulut dengan kuah durian. Fuh! Memang rare! Sebab yang ke dua ratus ribu lapan belas kenapa gua mengahwini beliau adalah kerana pandai membuat kuah durian. Hehe.
Oh ya! Semalam beli durian beku dengan mangga muda. Sangat jarang ada dan mahal pulak tu. Seperti mana kata Cikgu Kimia, “Hari ni lah hari yang paling gembira”. Telahan beliau sambil minum air tin cincau dalam perjalanan pulang dari Asian Grocery berkenaan. Oh ya sekali lagi. Air tin tersebut bila sampai turn gua, sudah tinggal sedikit. Nak minum pun kena tonggang habis dan ketuk-ketuk dekat gigi kapak gua ni.
Perkembangan baby sangat baik. Baby tolong mengingatkan Mommy supaya tidak membeli barang-barang yang mahal dengan membuat sedikit gerakan di dalam perot, menyebabkan Mommy menjadi kurang selesa dan terus tidak jadi membeli. Baby dan Daddy adalah geng.
Perkembangan gua juga sangat baik. Semakin kembang. Alamat kena bayar dam la kot, sebab azam tak tercapai. Bagaimana mahu kurus jika tugas gua sekarang adalah seperti seekor Ikan Bandaraya?
Bagaimanapun, boleh gua simpulkan di sini bahawasanya bini gua ini semakin perfect hari ke hari. Selalu bikin gua jatuh cinta!
Wednesday, June 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
cikgu dah tentu mkin lawa n cun sejak2 pregnant ni..tapi apehal ko pulak yg makin gemok ni?? hahahah..bawak2 la bersenam...kehekehhe...ikan bandaraya oh ikan..
nanti baby dah keluar, lu kasi nama Shafiq tau kalau laki.
saje je sajes.
duk tengah bayang rupa ikan bandaraya belaan gua dulu...
haha, ikan bandaraya yang tak tahan tu.
by the way, elok-elok lah dalam bergeng tu. nanti ada yang tak puas hati pulak sebab tak masuk geng.
'bahawasanya bini gua ini semakin perfect hari ke hari'
nk cakap makin bulat takut merajuk plak hahah
haha.. alang-alang dh jadi ikan bandaraya tu, kena la mantaian tak makin bulat mcm ikan bandaraya gak even semua benda dia yg wipe off.
Post a Comment