Sunday, August 16, 2009

Kenape? Tak percaya?

-PIC REMOVED-

Gambar beberapa minggu selepas kawin. Kawan-kawan FB gua tak percaya ni masa kat London.

Friday, August 14, 2009

Tag En Me & Award En Naman

Sementelahan bangun pagi tak tahu buat apa ngong sebab bangun lambat kepala pening-pening sebab perah otak sangat kat opis semalam sampai malam tapi bila nak balik baru perasan bos pon belum balik lagi lalu perasan sorang-sorang ingat bos nampak kita buat kerja lalu dia mesti cakap oh rajinnyer anak buah aku ni. Wek! (keje biar ikhlas Am!)

Sebelum tido baca blog. Kena tag dan dapat award pulak lagi buat gua rasa nak buat satu entri pagi ini.

Ni ade sikit kisah niat blog gua selama ni.Tag dari En Me femes yang suka post gambar-gambar cantik itu.

Ni jawapan versi gua.

Asalnya, pemilik blog ini hanya suka membaca blog rakan-rakan beliau. Dan rasa ingin meninggalkan suara hati di kotak komen saja. Beberapa orang rakan menyarankan agar diwujudkan satu profil supaya ‘tuanpunyablogyangdikomen’ tidak tertanya-tanya siapakah mamat yang menamakan dirinya critical thinker @ chi am @ laki cikgu kimia itu. Hensem kah beliau? sama-sama kita bayangkan *muntah

Lalu beliau menyambung jua lah pengusahaan blog secara kecil-kecilan. Menyambung kerja memblog di akaun frenster beliau yang telah bersawang.

(dua perenggan ni kopipes dari tag yang pernah gua buat dulu)

Tapi sejak akhir-akhir ni gua perasan blog ni dah jadi tempat gua luah perasaan, kongsi soalan-soalan yang gua terpiker, kongsi jawapan jugak kadang-kadang, tempat gua mengadu domba, tempat gua menangis syahdu dikeheningan malam. Oke gua dah merepek.

Tapi buat orang-orang yang keje macam gua ni. ‘Kami’ memang perlukan sedikit ruang atau ‘space’ untuk diri sendiri. Itu alasan member gua untuk die menten menjadi perokok. Kerana sambil merokok boleh berfikir sendiri, jauh dari gangguan, hanya dalam dunia sendiri.

Alternatif gua untuk release kepalehotak gua adalah dengan memblog. Gila cool gua ni siap ade blog bagai hahaha..

Ni pulak Award dari En Naman seorang pembimbing anak bangsa yang juga seorang yang serba boleh pada hemat gua. Dari apa yang gua kenal melalui blog beliau itulah. Terima kasih tuan hamba. Ecewah!


Wednesday, August 12, 2009

Stephanie dan Mazidul

Tengahari tadi ade persembahan dari sorang budak Singapore yang buat praktikal kat tempat gua. Dua puluh tiga minggu Stephanie kat sini, banyak jugak projek dia ikut. “Banyak belajar budak perempuan ini”, telah hati gua. Walaupun projek-projek yang dibuat tu pada gua ala-ala saja, tapi minah ini nampaknya begitu berpuas hati dan sangat happy dengan kerja-kerja dia Moral kisah ini: hepi-hepilah dengan kerja anda.

Petang gua pegi jalan-jalan dengan Mazidul. Boleh tahan stamina mamat nih. Kalah Ustaz. Mazidul nampaknya macam orang pekan. Generasi baru la orang kata. Tengok mamat-mamat rempit sana sini, dia pon tak mahu kalah.

Gua layankan aje. Jiwa budak muda. Sejak berkawan dengan Mazidul, gua rasa kembali muda. Gua yakin Cikgu Kimia pon pasti suka berkawan dengan Mazidul. Ada juga peneman beliau bersiar-siar.

Mazidul a.k.a mazda323

Tadi petang gua repair apa-apa sikit yang patot. Minyak itam tukar. Handle bar tukar. Dashboard polished. Sarung seat tukar. Banyak barang yang tukar pon gua carik kat Wreckers. Kira macam kedai keta potong la kalau kat Mesia. Kat Wreckers ni kena bukak sendirik, pastu bawak kat gate, bayar. Murah giler kot. Dah banyak spare part keta kawan-kawan gua tolong tukarkan. Setakat radiator tu bape hengget lah sangat. So far gua tolong seikhlas hati je. Lu orang doa-doalah supaya gua tak bertukar fikiran. Labour charge mahal giler tau at sini. Hahah..

-PIC REMOVED-

Gambar first time pergi Wreckers

p/s: gambar kurus, nampak sangat gambar lama huhuuu

Monday, August 10, 2009

Kalau efisien sangat pon gua risau jugak..

Hari ini meeting seperti biasa. Meeting gua weekly, macamlah gua pantas dan produktif tahap gaban Z potong lima. Tiap-tiap kali meeting ‘haruslah’ ada isu-isu baru yang dibincangkan. *haruslah itu adalah perkataan trendy budak-budak sekarang. Sila take note.

“I am quite lost lately. Am not sure what is wrong with me”. Gua mengaku sambil buat finger crossing (blakang badanlah) bagi tau bos gua yang gua akhir-akhir ni agak lemau sedikit. Baru nak cerita pasal tak sabar nak balik, prepare slide n yada-yada. “You are married, that’s the problem”, kata bos gua sambil gelak-gelak.

Macam tu pon, kerja gua kira oke-oke sajalah kot. Tapi dua tiga minit lepas, gua jumpa satu lagi critical findings dalam kerja gua ni. Teori gua almost 99.9% nilai actual machine effectiveness tuuu!

Sudahnya gua tak tahu nak gembira ke nak sedih.


p/s: Harap masin mulut bos gua, dapat keluarkan tiga Journal Paper hujung tahun ni. Dapatlah gua taip-taip santai sambil cicah biskut kering dengan hati yang tenang tahun depan. Janji bulan posa ni kena kerja kuat! InsyaAllah..

Saturday, August 8, 2009

Petanda sudah..

Gua main bola tadi petang. Antara cakap-cakap petang tadi.

“Sori la wei. Bola laju sangat.” (menunjukkan bola yang dipass pada gua adalah jauh dari kedudukan gua. Atau memang gua yang berlari tidak laju?)

“Wah Am. Sihat nampak?” (sama ada aku kelihatan cergas. Atau ‘sihat’ apa maksudnya nih?)

“Walawei! Rambut ko ni memang saje potong cani ke? Macam orang muda.” (apa maksud tersirat ko nih: 'macam' orang muda?)

*

Rasanya dah sampai masa, gua dah start kena pakai baju besar-besar dan seluar atas pusat. Cover.

Wednesday, August 5, 2009

Sampah betul..

Bila masanya baru sesuatu barang itu dinamakan sampah?

Setelah kita declared tak mahukannya lagikah? Setelah masuk tong sampahkah? Setelah dibuang merata-ratakah? Setelah ia dikenalpasti tiada manfaat kepada kitakah? Atau apa sahaja yang kita tidak suka?

Mungkin juga, hiasan-hiasan dalam makanan kita? Penyedap masakan? Pernah terdengar seseorang makan mee goreng dan komplen banyak sampah?

Apa pula dengan sampah masyarakat?

Huh.. dunia gua semakin luas.



*kalau ada satu benda yang bolah kasi gua happy sekarang adalah kerja gua. Tolonglah maju sayangku..