Friday, July 29, 2011

Siapa bunuh Alice?

Wah! Apa khabar adik-adik sekalian? Nampaknya sudah lebih sepurnama kita tidak bersua muka. Macamlah nampak muka kita di sini kan adik-adik? Iya abang ini macam biasa memang suka merepek-repek..

Oh ya. Apa kata kita mulai entri kali ini dengan sebuah teka-teki bahasa Inggeris? Mahu bukan? Iya bang tahu adik-adik semua memang gelojoh.

Bukan apa, sementelahan pergi menemankan isteri abang membeli belah di pasaraya J-mart berdekatan rumah di kampung ini, abang ada terfikirkan sebuah teka teki apabila melihat bola-bolaan kecil yang bergantungan mesra di depan tempat parking kereta abang yang sudah tidak sejuk lagi sistem penghawa dinginnya itu.

Jadi dari situ abang mula terfikirkannya, apa pula dengan ditemani monolog-monolog kontang di tengah-tengah dinihari ini.

"Jadi, abang. Ini sudah hampir ke penghujung entri. Apakah teka-teki wangi abang itu?" tanya Ramachandran yang tidak sabar-sabar lagi.

"Baiklah. Teka-tekinya berbunyi begini."

Apakah kata nama Inggeris bagi sebuah bola yang dimainkan oleh Michael Jordan?

*
*

Kedengaran seorang kanak-kanak berlari-lari anak menangis sedu-sedan meninggalkan fikiran gua terawang-awang sendirian.

Gua sekarang sedang berteka-teki pasca lanjutan. Adakah Ramachandran menangis kerana tidak tahu akan jawapan teka-teki gua itu? Atau dia tidak kenal siapa Michael Jordan? Atau dia ada disengat binatang berbisa tadi?

Teka-teki gua juga turut melanjutkan pelajarannya ke peringat yang lebih tinggi, dengan soalan yang berbunyi seperti berikut:

"Siapakah Ramachandran itu?"