Tuesday, December 30, 2008

2008 + 365 + 1 = 2009 ?

Tahun baru ini, saya nak minta maaf.. andai ada salah perkataan atau soalan-soalan tak menyenangkan yang telah dikongsi selama anda mengenali saya di sini.

Meskipon soalan-soalan saya mungkin boleh mendatangkan isu.. terus ke arah terlontarnya kata ‘kufur nikmat’. Itu saya terima.. mungkin anda terlalu sensitif atau saya sendiri ikut perasaan tulis tanpa fikir. Maaf andai komen tuan puan terpaksa saya padam kadang-kadang. Ada juga jenis yang menjawab soalan dengan soalan juga. Cara masing-masing saya tidak salahkan. Mungkin anda ada jawapan tapi tidak mahu berkongsi atau memang tidak tahu apa jawapan untuk soalan-soalan bukan-bukan saya. Maaf saya memang suka bertanya.

Rakan-rakan pengunjung cerita suka lara saya juga ramai. Ada yang meninggalkan jejak. Ada yang tidak mahu. Terserah. Saya suka kenal kamu jika kamu meninggal jejak. Terima kasih kawan-kawan semua.

Rambo, ciki, eamy, tom, sarah, dila, syahirah, zairani, kema, akim, noktah hitam, cik ati, fathiyyah, inah, yellow herbie, ihsan, chinul, banat, cikgujawe, ab, nabil, mistakenidentity, cikgubanihashim, pink_butterfly, ab geldofg, bulan, unachenta, cik naddy, life, nard, nurfateen, pijah, dani, aida, maryam, pewarisreformasi, basirul, n, banat, jatbee, en_me, farah, goro, arsaili, sweetthinker, nadiayuna, yanahashim, aimi, razwan, diana, fana, srisufi, pemikirlapuk dan kawan-kawan lain yang namanya aku lupa, maaf, juga semua pembaca-pembaca setia. Rahmat tuhan dilimpahi ke atas kamu semua hendaknya.

Keluarga tersayang yang membaca, buah hati tercinta yang tidak pernah singgah di sini, terima kasih kerana percaya pada diri ini.

Akhir kata, saya dengan ini memohon ampun maaf atas segala keterlanjuran kata, semoga kita terus maju, selamat, bahagia dan cemerlang dalam segala apa yang diusaha di hari mendatang.

Dan terima kasih pada tuhan beri nafas dan kesihatan semahal ini. Moga hidup lebih berkualiti hari ke hari juga.

Selamat menyambut tahun baru dua ribu sembilan!

Siapa boleh design 'perasaan'?

Saye rase entri kali ni agak sensitif.. jadi saye tak mahu perbalahan berlaku di bawah sini.. jadi semua tak boleh komen.. itu fair saye rase.

Ini berkenaan satu lagi persoalan dalam batu jemala patik boleh bikin batu cincin ini *jari tunjuk dahi.

Maaf aku kata orang kita sangat sensitif. Dulu pon aku sudah pernah cakap. Tapi aku tak dapat simpan lagi benda ini lama-lama. Kena jugak luahkan.

Aku dok pikiaq pasai pa la laki dok minat kat oghang pompan. Ada ja yang gila kat laki gak tapi tak ramai kot.. apa bestnya depa nih.. hangpa habaq mai siket. *cubaan bertutur bahase bakal family

Kawe ado mace-mace jenih saing kak sinni.. hok baik lajok ado.. jahak pesete pong banyok.. jadi bilo maghi musing panah ginni.. mato dok sibuk kigho buoh.. demo tau la kae.. musing panah ni secaro tok langsungnyo jugo adaloh musing buoh.. buah merato-rato. Kawe dok peghati laa.. saing hok sete-sete belako nih.. dok suko bena tengok buoh.. doso meme doso tapi wakgano ‘resam lelaki’. *kawe pong sete kade-kade.

Itu antare mende yang gua tak paham skang nih.. ape kaitan nye antare bentuk dan lekuk manusia berlainan jenis dengan minat lelaki.. gua tak sure orang pompan cane.. tapi laki gua memang perasan.. mate melilau diorang. Lu orang boleh kate ‘kejadian tuhan’ ke ‘kuasa tuhan’ ke. Itu gua terima dengan yakin. Tapi tolong jelaskan.. *bahase pasar tak pasar sangat la

Teman dok pikio ni.. ramei gile kot teman dah tanye.. tapi member2 dekat je la.. takde jawapan yang boleh teman terima secare lojik.. bukanle mencabar tuhan ke ape.. teman cume nak tahu.. dari segi lojik akal manusia lemah macam teman nih.. apa dia perasan itu itself? *itself itu bahasa pinjaman, bukan bahasa perak

Ate.. ape kate mike? Oh lupa.. tak boleh komen..


*dah-dah, jangan sakit-sakit otak, pegi sana jerit-jerit happy new year

Sunday, December 28, 2008

Azam tahun baru 2009..

Submit at least one journal paper and two conference papers.

- jadi tak boleh main-main sangat, rilek jangan lebih-lebih, kena fokus, kena rajin pegi office, baca papers, summarize, tulis semula, tak paham ko tanya.

- fahamkan simulation concept, run the existing computer models, compare which method provide max heat transfer, even according to literature review, there should be sphere with matrices, but validate them mathematically, find the exact dimension and material properties. baru boleh keluar journal paper.

Menjadi dua

- menukar cara fikir untuk dua belah pihak win-win.

- jangan selalu gamble nak buat keputusan, minta tolong tuhan selalu, berserah bukan gamble, ingat: ramai orang sayang kat ko. jangan biar mereka risau.

- belajar cara bergaul.. err.. maksud aku bergaul lah.. korang fikir ape! public relationship maksud aku, kena pandai jaga hati orang-orang lebih tua.. mak ayah belah sini belah sana.. adik beradik belah sini belah sana.

- belajar cara dengar pendapat orang, dengar je.. terima tak itu hak ko.

- jaga peribadi dan sahsiah.. ingat jadi ketua keluarga bukan main-main. bakal anak perempuan kembar kau tu, didik baik-baik biar jadi solehah. eh.. dah jauh sangat kau fikir ni. ade rezki tuhan bagi oke.

- rumah kereta dan barang hiasan itu satu sumber kebahagiaan.. diorang tak cakap.. tapi ko kena faham sendiri lah.

Compress

- ko tak sayang ke stok levis ko.. faiowan, engineered n black tu ko nak tengok saje? Ha tak reti-reti nak kuruskan badan?

- Makan banyak tu aku tak salahkan ko, nak buat camane dah itu hobi ko, jaga senaman la. sekali-sekala takpe balik opis awal.. pegi main bola dengan kawan-kawan sana. Familyman pon perlu sehat zahir batin what.

- Jaga tidur ko.. ikut time.. sekali sekala tidur lambat takpe aku maafkan.. tapi make sure esok nye cuti, so ko boleh rehat.. aku paham ko baru kawin. Banyak overtime.

- Makan sayur aku kata. Makan sayur. Tak payah tunggu nak masak warna warni baru ko nak jamah sayur. Ko dah besar am, bukan budak-budak, makan kena warna-warni. Tukar sikit cara fikir.

Tak cukup azam ko banyak ni aje am. Nanti update lagi, tak semestinya kena tunggu akhir tahun baru nak buat azam kan.

Wednesday, December 24, 2008

Monday, December 22, 2008

Tahniah kepada model graduasi..

Sang cameraman perlu bersiap lebih awal pagi tadi, agak mencabar kepada beliau kerana biasanya beliau bersiap kira-kira lapan tiga puluh dipagi hari sebelum ke office. Bersiap lebih kurang, lalu menaiki tram ke city. Terlalu awal. Jadi pergi sarapan. Tiada roti canai dan teh tarik di Billy Baxtor, jadi café latte dan fish n chip jadi habuan.

Terus ke Elder Hall, tolong rakan-rakan memakai jubah dan sebagainya.

Masuk ke Bonyton Hall. Semua graduan dan ibubapa mengambil tempat duduk. Beberapa lagu dimainkan secara life. Sang cameraman berjaya merakam ini. Sebahagian dari Australia National Anthem kalau tidak silap.



Majlis sangat pantas dan sistematik. Beberapa gambar model tersebut telah berjaya dirakam. Tapi sang cameraman merasa sedikit gusar untuk mem'publish' gambaran beliau tanpa kebenaran. Maaf pada yang tertanya-tanya; siapakah hero cerita graduasi ini.

*

Puas dengan makanan percuma ihsan dari hero tersebut, kami berdua kemudiannya terus pulang menaiki tram. Maka tanpa membuang masa, sang cameraman TERPAKSA men'capture' gambar beliau sendiri untuk dimuatkan dalam dalam entri kali ini. Sekian.

-PIC REMOVED-

Sang Cameraman



p/s: sejak akhir-akhir ini penulis agak suka meletak gambar sendiri dalam entrinya (walaupun hanya bersifat sementara). tapi suka hati beliau lah kan, blog beliau. c",)-.-..

Thursday, December 18, 2008

Rambo, seorang kawan..

Ada tiga warna basic; RGB ~Red, Green, Blue. Warna yang kita lihat pelbagai itu sebenarnya adalah gabungan dari tiga warna ini. Apa yang kita nampak hari-hari dengan mata kasar ini hanyalah warna.

Image processing robot mengenal sesuatu dengan warna. Kalau imej bulat berwarna oren sekata, namanya bulatan berwarna oren. Tapi kalau imej bulat berwarna oren dengan shade warna akibat pencahayaan, itu namanya sfera berwarna oren, atau boleh jadi adalah limau manis. Itu dari fahaman ‘seekor’ robot.

Kalau aku klon Rambo jadi satu patung Rembo, tidak bergerak tapi saiz dan warnanya sama, pasti robot itu boleh tertipu, lalu tak pasal-pasal nanti menyerang 'Rambo' yang salah. *anggap robot itu robot pembunuh manusia hensem. (Dengan syarat Rembo tidak bergerak dan Rambo tahan napas.

Mata manusia pasti boleh mengenal yang mana satu Rembo dan Rambo. Sebab otak manusia berkemampuan memproses image ini dengan sedikit instuisi dan perasaan. Itu keajaiban otak manusia, processor paling hebat di dunia ciptaan tuhan.

Jadi siapa-siapa yang mahu buat research under my supervision boleh start apply sekarang. Kita buat robot yang pandai membeza yang mana kaca@Rambo dengan permata@Rembo. *rupanya patung itu lebih berharga dari Rambo sebenar huhuu..

.
.

p/s: dalam bahasa ilmiah sebenar, APA YANG DIKESAN MATA KITA SEBENARNYA ADALAH ‘CAHAYA’. Dan cahaya memantul dan dipantul bagi menghasil warna-warni kehidupan.

p/s lagi satu: Bo, aku pinjam ko jadi model, susah nak cari manusia hensem dah dalam dunia nih! Tinggal dua orang je.