Thursday, October 30, 2008

Tawa Pagi Ini..

Sedikit moral untuk hari ini. Lakukan setiap sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh..
Mari kita mulakan hari ini dengan senyuman!



p/s: video ini sudah lama.. tapi masih sangat lucu kan!

Wednesday, October 29, 2008

Bila Buhsan dan Malas!

Esok Jumaat jam duabelas ada pertemuan dengan bos besar.. tapi itu esok.. esok esok cerita.. aku sudah sedia, Insyaallah..

Hari ini Khamis.. dari tadi malam sudah niat.. hari ini mahu rilek-rilek.. malas-malasan.. duduk rumah.. YM.. Telefon sana-sini.. main game.. sudah lama tidak main game.. jadi tadi sangat layan main game ini.. ahaha.. release..


Tuesday, October 28, 2008

Runtunan Sanubari..

Beratus mungkin gambar kita.. aku paling suka gambar ini.. gambar kali pertama pertemuan..

Memang aku tahu.. kekurangan utama diri ini adalah kurang pandai menjaga hati.. hati wanita.. tambahan kamu.. hatimu lembut.. mudah teruris.. tapi dengan aku kamu sabar.. aku tahu kamu tahan sabar.. kamu memang penyabar agung!

Harap kamu lebih sabar kali ini.. aku perlu terus lari kejar cita-cita aku.. walau sampai kadang-kadang aku tidak perasan kiri kanan.. tidak perasan kamu..

Aku juga menghitung hari.. menanti hari indah itu.. sedang kiri kanan atas bawah depan belakang kita penuh aral.. semoga kita dapat sama-sama mengesampingkan semua itu..

Percayalah.. selain tuhanku.. kamu adalah separuh nyawaku.. hanya kamu..

Monday, October 27, 2008

Susunan Sepuluh Jari..

Kesibukan akhir-akhir ini membataskan komunikasi jarak jauh antara aku dan engkau.. sms tadi pagi menyuntik rasa membuak-buak dalam jiwa untuk memiliki buku itu.. Pasti buku itu sangat hebat..ayat-ayat yang di forwad kan itu cukup menyentak ego seorang lelaki..

Maaf sayang.. aku terlepas pandang..

Aku Terima Nikahnya..

Friday, October 24, 2008

Lagi Kenangan Silam..

Hari ini baru mendapat khabaran kurang baik dari naib ketua yang baru pulang dari persidangan antarabangsa..

Tajuk projek kami bakal bertukar mungkin.. Fokus untuk menyiapkan Actual Research Proposal itu sedikit terganggu serentak dengan sapaan beliau tadi pagi..

Justeru, aku pulang awal lagi hari ini..

Buka notebook.. layan foto lama-lama, sampai timbul rasa rindu.. tidak semena-mena terhasil pula video ini..



Aduh teringat zaman muda dulu-dulu..
Saya budak baru belajar.. kalau salah jangan gelakkan!
Selamat berhibur!

Thursday, October 23, 2008

Lagi puas!

Sekarang terbukti.. memang ada spesis orang macam aku ini.. itulah kau.. aku tanya kau.. kau marah-marah.. kata aku suka bertanya bukan-bukan..

Lihat! Bukan aku cacat akal! Aku cuma berfikir dari satu sudut yang berlainan..

Refer semula perenggan akhir di sini. Soalan ini lebih kurang macam Paul Harwood tanya..
Cuma aku sudah tambah; cermin aku berpintu sangat pantas dan bersifat adiabatic (tiada pertukaran haba) keseluruhan..


Ini pula pemikir yang lain

Mark Gouldsberry

Georg Hager

Kalau memang wujud kotak hebat aku itu.. mesti semua geleng-geleng tidak percaya.. haish..
Adakah bisa?

*mengapa aku baru sedar sekarang.. isu ini sudah lama rupanya..