Saturday, February 21, 2009

Ir konon.

Baru balik main bola tadi. Sembahyang maghrib. On laptop. Lebam.

Biar je shuffle winamp ni. Google nama kompeni lama. Oh rindu balik.

Aku baru perasan, nama aku still ada lagi dalam staff directory tu. Kang aku claim kang korang kate aku mate duitan lak.

Aku dok usha dalam web tu. Branch kat indon macam belum ada detail lagi. Haih. Memang ade nama aku dalam tu kalu aku stay lame sket lagi dalam kompeni tu. Lepas raya tahun itu (?), sepatutnya aku memang kena stay kat singapo tiga bulan. Study technical. Aku dah cakap, jangan la rigid sangat ngan aku. Ko ni pon satu la.. oh encik bos..

Promoted. Project Manager. Batam. Kontrak 5 6 tahun. Lama tahu? Sian kat aku. Famili aku.

*

Takpe lah. Aku sekarang pon masih hidup. Bahagia. InsyaAllah. Walau bukan sebagai pengurus. Penggemuk pon oke what?

-ir am-

Thursday, February 19, 2009

Apresiasi.. (bahase melayukah?)

Sangat bahagia tau bila bos anda tepuk-tepuk bahu anda sambil cakap, “Good! Very good Am! (bukan panggilan sebenar)”. Rasa sungguh enak!

Nanti bila aku jadi orang-orang besar, jadi bos-bos, aku nak anak-anak buah aku rasa dihargai atas usaha mereka. Barulah kerja mereka sungguh-sungguh!

Wednesday, February 18, 2009

Amni n Imna

Tahniah kepada Kak Long (Amni) n adik (Imna). Jaga kandungan masing-masing dengan baik. Jangan nanti saye balik, ‘budak-budak’ tu report ngan saye pape plak. Heh!

Along, ang jangan kerja kuat-kuat sangat. Jangan balik lambat-lambat lagi. Abang Zul tolong jaga kak long baik-baik ye. Hihi. Long, mak citer ang cakap bunyik cam penat-penat je. Hihih. Sian kat ang. Ritu cakap ngan ang pon ang penat-penat. Dengar citer dah pakai seluar getah dah. Haha. Nanti mase majlis nanti kena pakai baju jubah tak? Nganganga..

Adik, kamu jangan riso sangat pasal master tuh. InsyaAllah, kalau usaha n mintak kat tuhan betul-betul, Dia bagi. Jaga baby kamu tu. Kalu die laki, semoga die nsem macam abang kamu. Wek! N semoga projek Jimmy berjaye jugak. Oh, kamu kate, seluar n baju kurung dah takleh kancing kat pinggang dah ye? Heheh, sekarang angah lagi slim dari kamu. Wawawa!

Jeles lapan belas juta kali ganda kat Along Amni n Adik Imna. Haih..


*memang dari dulu cakap ngan along “Ang”, tapi ngan adik “kamu”

Sunday, February 15, 2009

Hana Darwisha & Damia Farweeza

Angah tipon nset kakak la, nset acu da nak abes battery. Ok. Eh, kakak ada nset ke? Ade. Besa la budak2 sekarang. Oo. Meh no kakak.

Hello, assalammualaikum. Waalaikum salam. Sape ni? Nak cakap ngan sape? Hikhik. Angah la ni. Waa angah! Mama angah tipon! Angah, angah bile nak balik sini? Nanti bulan 3 angah balik la. Oo. Bulan 3 arijadi adik. Nanti angah boleh la beli adiah. Arijadi kakak bulan 4. Angah beli la bear kat kakak ye? Hikhik. Eh dah mintak adiah dah? Awalnye? Hikhikhik. Ye la. Kakak ingat lagi, angah cakap nanti kakak darjah 2 angah nak balik. Da lame x jupe angah. Ala angah beli la kecik2 pon xpe. Hikhikhik. Ye la nanti angah belikan. Koala bear nak x? haa? Xnak la nanti die gigit! Eh x la. Mana de. Die macam bear jugak. Kecik comey je. Nak x? nak nak! Oke oke nanti angah beli ea.. pegi panggil mama jap. Mamaaa! Angah nak cakap. Angah nak cakap ngan adik x? haa.. pass kat adik jap.

Assalamualaikum angah.. waalaikum salam. Adik sihat ke.. sihat.. cume kakak je slalu usik adik.. hihi.. baik2 le main. Birthday adik bulan 3 kan? Ha ah. Adik nak sambut kat skolah nanti. Oo. Nanti angah beli adiah koala bear kat adik nak? Nak nak! Nanti angah hantar la kat skolah adik ye. Hehe.. iyee.. Adik belajar rajin2 tau! Oke.. pegi panggil mama. Mamaaa! Angah. Angah jaga diri baik2 tau..aik?err iye.. belajar rajin2 tau? Aik.. err.. iye2.. bye.. bye I love you.. aik?.. iye.. hihih..

*rindu dah kat kazen aku 2 orang nih..

Saturday, February 7, 2009

Masalahnya problem ni..

No problem?

Tipulah. Mana ada no problem. Mungkin yang cakap no problem itu sebenarnya, bermaksud ada masalah, cuma hanya masalah kecil.

Kerja OnG dulu, masa meeting mesti kena highlight suma problem dalam projek masing-masing. Sekali lagi aku kata, tipulah kalau tak ada problem.

Blog ni bukan aku malas nak hapdet, tapi kebizian lampau la sangat. Minggu lepas, sepatutnya ada meeting. Aku sangat perlukan meeting ini. Ada masalah yang perlu aku bincangkan dengan bos-bos aku. Tapi pada masa yang dijanjikan bos aku pula sibuk. Memang sibuk la. I can see it. Tapi serius rasa macam ko nak lari laju, tapi ada orang tarik ko dari belakang. Haih.. problem.

Aku cuba nak kasi settle semua kerja cepat-cepat. Memang itu aku. Dan aku akan cuba pastikan ia adalah berkualiti tinggi. Oh, btw, proposal yang pernah aku ceritakan dulu, sudah pun approved. Empat bulan lebih sikit. Dan untuk itu aku telah berjaya mendapat award AUD500 tambahan kepada wang projek aku. Alhamdulillah..

Paper untuk ke phuket juga telah settle. Cuma sekarang mempersiapkan diri untuk presentation nanti. Agak gentar mempersembah di hadapan semua expert. Minor problem. Takpe. Aku cuba. Itu pelajaran.

Sebenarnya sekarang ini ada satu masalah / cabaran yang sangat besar di dalam batu jemala patik pacal yang hina ini. Ini betul-betul dah mengganggu tune kepala hotak hakuh. Harap-harap ia bakal terungkai. Dengan segera. Iya. Cuba selesaikan problem ini. Segera.

Owh. Aku juga dah pindah rumah sementara sebelum dapat umah baru. Pun macam ada sikit problem. Macam-macam hal lah dunia ni…

Ini lagi lah problem, di tanah tumpah darah ku. Problem besar nih.



Video dari blog Ihsan.

Sunday, February 1, 2009

Utuskan..

Salam.

Awak janganlah risau sangat. Takde apa-apa insyaAllah.

Semua orang pun akan lalu benda ni. Jadi rasa itu normal. Rasa belum sempurna. Belum layak. Itu semua hasutan. Ingat, Iblis dan keturunannya tidak pernah kenal erti lelah menyesatkan kita.

Tanggungjawab. Itu memang berat. Kita pikul bersama. Berdoalah. InsyaAllah dipermudahkan tuhan.

Airmata. Itu resam wanita. Kata mereka, wanitalah yang perlu banyak berkorban. Saya percaya itu. Tapi saya akan berusaha sedaya upaya menyeka airmata itu. Namun, maaf dipohon jika memang nanti saya terlepas pandang. Kerana saya ini bukan sempurna. Maaf.

Sehati. Sejiwa. Hanya dalam lagu. Pasti nanti kita jumpa suatu perkara yang amat berbeza dalam diri kita. Cara hidup dan sebagainya. Memang mencabar. Jadi kita perlu cari dan berusaha mewujudkan satu cara hidup yang sesuai untuk kita diami. Memberi dan menerima, memohon maaf dan memaafkan. InsyaAllah hidup akan seimbang.

Awak belum pernah melalui ini. Saya juga. Jadi kita sama-sama teroka hidup yang indah itu. Kita usaha. Sama-sama. Ya. Bersama-sama.

Semoga semuanya dipermudahkan tuhan. InsyaAllah..

Salam.