Friday, December 12, 2008

Bila resah.. ingat saat indah.. (bajet anuar zain)

Anda bosan? Yes? No? Maybe? So?.. naemind.. (kata orang Singapore)

Yang pasti aku tengah bosan gila.. bangun pagi problem malam tadi still belum solved. Computer model milik Cherry telah berjaya aku run dan analysed. Tapi model rakan si Martin ini belum berjaya aku run.. tensi.

Nyaris-nyaris aku pergi office pagi sabtu ini, ku fikirkan model ini tertinggal di office. Oh ada dalam USB lagi satu..

Tak settle hal malam tadi memang efek mood aku pagi hari.. lepas lunch.. buat muvi ah! Bilang aku dalam hati.

Jangan pelik suare aku lain macam.. selsema tambah sakit tekak memang jadi macam tu. Suare sekat-sekat.. biase la mental block. Mane nak pegang vcam.. nak cakap lagi.. KaramSinghWalia pon belom tentu boleh bikin itu macam what..

Nah layaaannn..

Tuesday, December 9, 2008

Rindu masa kerja!

Baru lepas meeting dengan bos 1 dan bos 2. Semangat gell.. tapi tu tadi.. dalam meeting room.

Proposal itu hari sudah dipulangkan.. sedikit pembetulan diperlukan. Sudah siap pon. Petang ini mahu submit sekali lagi.

Buka simulation software ini.. hilang punca lagi.. hold dulu... Tengok gambar muda lama-lama.. sedih.. gembira.. sepuluh ringgit tiga barang campur-campur.

Semua pass mase kerja Temasik (termasuk NIOSH Confined Space : semua lobang pon boleh masuk! Hah!) dan lain-lain safety equipment. Dari RedWing mahal (kebanggaan pekerja oil&gas), sehingga ke safety helmet (geli tengok engineer2 muda selalu tayang helmet kat belakang kereta, macamlah hebat sangat.. tapi dulu aku pon buat jugak. Heh!) dan yang tak tahan tu hah.. spec UVEX style Ray Ban tuuu.. giler ah!

Ini pula beberapa coverall..
1) 4th engineer white coverall dari kapal St Khadriah 1 (tukar-tukar coverall dengan engineer kapal mase servis Port dan Starboard Boiler somewhere Pulau Batu Putih),
2) Nomex coverall mase projek Gebeng & Optimal.
3) Temasik Uniform untuk masuk plant.
4) Coverall dari kapal MMM Jackson, Klang Port.
5) Coverall biase untuk kerja-kerja hands-on.

Ini adalah hasil guling-guling dalam boiler dan mandi chemical selepas high pressure waterjet. (during probation period.. dah confirm, coverall saye putih berseri.. heh!)

*

Hemm.. betul aku rindu kerja aku..

Monday, December 8, 2008

Luahkan saja..

Ada seorang member ini menyatakan rasa tidak puas hati.. kerana perjalanan beliau sering terganggu dengan kewujudan pintu-pintu.. yang mana perlu ditolak atau ditarik.

Beliau sebenarnya lebih cenderung untuk menolak pintu tersebut berbanding menariknya. Rasa kantoi menolak pintu yang tertera perkataan ‘Pull’ biasanya menyakitkan hati. Luah beliau.

Hairan kenapa mesti ada design sebegini. Bukankah memang ada pintu that can swing for both side? Ada. Aku pernah jumpa.

Aku menyeru seluruh designer di luar sana menghasilkan rekaan baru dengan kos lebih murah. Sekian.


p/s: luahkan rasa tidak puas hati anda, jangan simpan.

Saturday, December 6, 2008

Masalah dan kejayaan..

Jumaat, pagi-pagi disapa bos no 2. sembang-sembang di meja aku. Tanya itu ini, to make clear my vision. Sekarang sudah start belajar numerical analysis.. cuba buktikan satu equation ini.. start dari atas, stuck. Undur dari bawah, stuck. Lost in the middle. Petang pening-penig dah tengok screen.. balik. Mood kurang baik. Kena hon pon nak marah. Sampai rumah godek-godek kegilaan. Head block nampak macam renggang. Ketatkan lagi sikit lah! Ktak! Memang best. Head screw dah patah satu.. harap-harap tidak leaking. *aku ni memang feveret mematah, meng’loose’ dan merosakkan barang. Sabo je le yop!

Sabtu pergi crabbing jam 3 pagi. Sampai Moonta Bay jam 6 lebih.. cantek. Air tengah nak naik… crabbing tools, fishing rods.. semua set up. Baling jerat masing-masing. Total belas-belas ekor ketam *tak banyak sangat, belum musim. Banyak yang kecik-kecik di release ke laut semula. Seekor sotong.. seekor ikan selar kuning.. dan seekor jerung sekolah @ school shark! Sepanjang pengalaman aku sebagai nelayan muda, ini pertama kali dapat ikan jerung (dalam gambar). Jerung sesat masuk ke dalam perangkap ketam kepunyaan pasangan pengantin baru dalam trip kali ini. Saiz.. 40cm lebih kurang.. Di port ini memang dibenarkan mandi manda.. tapi hanya di dalam kawasan berjaring. Tapi tak gila pula aku nak mandi kat situ! *terfikir ikan jerung sebesar mana yang mampu menyerang manusia.

Jerung pon dilepas semula ke laut. Petang, cherry picking. Malam, makan hasil tangkapan beramai-ramai di rumah rakan, lalu pulang ke rumah.

Ahad, pagi-pagi sendirian pergi ke Port Adelaide. Beli handle chopper. Tunggu kawan bangun tak bangun-bangun sampai lepas zohor. Letih berjalan semalam agaknya. Balik rumah pasang handle. Mix 2t dengan petrol 1:16. Detect masalah 1: petrol tank leaking. Takpe abaikan sekejap. *mesti dah terover ketatkan hari tu

Check carby needle. Cantek. Setting gear. Fit throttle. Brakes. Oil filter. Fit wiring. Emergency stop switch and etc.

Ride bicycle ini slow-slow kayuh. Kasi chain semua ngam. Pump carby. Choke. Ride laju-laju dan lepas clutch. Trrrrrrrrrrr.. its working. Ride puluh meter.. trrrrrr… brppp.. enjin mati. Try on lagi dah tak boleh. Confirmed! Head leaking. Balik bukak head. Nak remove burned gasket. Replace screw yang patah tuh. Masalah 2: screw boleh cari. Gasket aluminium ni mane nak cari?

Dah malas. Kemas garage. Masuk umah nak mandi sembahyang zohor tulis blog.

*mission:

1) to release my mind – completed

2) to run basikal berenjin – completed

3) to sembahyang – belum lagi! Oke, by for now.. salam.

Thursday, December 4, 2008

Hampir ke sana..

Berikut adalah rentetan peristiwa dalam menangani kegilaan aku masa ini. Minat benda ini dari tahun lepas lagi. Tapi Khamis lepas, mula sebut benda ini. Baca forum, review dan sebagainya apa sahaja berkenaan benda ini. Jumaat dapat email menyatakan barangan yang ditempah itu telah pun dipos dari Melbourne. Sabtu Ahad Isnin Selasa gila bayang..

Rabu, cukup bersemangat datang office, mahu run simulation hari ini. Kena belajar teori berkenaan software untuk projek mendatang. 1720 petang sudah keluar graf macam-macam. Pening. Bagaimana mahu validate result ini, kalau bukan dengan eksperimen? Future research.

Dapat SMS dari rakan: “Be, enjin dah sampai”. Excited. Malam kira-kira 2100 lebih baru sampai rumah. Singgah rumah terbuka rakan, pinjam tool bagai. Balik sangat letih.

Khamis (hari ini) tidak ke office. Tolong hantar rakan ke lapangan terbang. Oh.. seronoknya pulang ke Malaysia

Menjelang petang, sudah sampai tahap ini.

Handle bar belum ada. Mahu buat satu basikal Chopper 50CC! Pengisian di masa release..

Ini lagi satu idea yang aku baru terfikir, tidak lama kemudian sudah ada dipasarkan. Selalu macam tu. Aku yang lambat.

Dulu enjin jenis ini, pakai start tangan. Pull engine. Aku berimaginasi, nanti aku ingin design satu system clutch. Auto start. Sedang pada kelajuan malar, lepaskan clutch, system enjin hidup lalu terus nikmati perjalanan siar-siar anda. Sedar-sedar sekarang, enjin jenis ini sudah banyak dipasaran.

*

Tak sabar beli handle Chopper dan buat sedikit modifikasi untuk ekzos.. *tunggu rajin bila-bila

Monday, December 1, 2008

Cakra Alam

Semalam jalan-jalan sama kawan-kawan dan pasangan baru kahwin. Lihat pertunjukan lampu-lampu sempena Christmas yang bakal tiba. Agak letih sebenarnya, tapi beriya-iya diajak rakan lalu aku pergi.

Meriah kan! *kejadian seakan ini

Tapi mood bergambar agak kurang. Biar rakan-rakan bergambar. Jadi cameraman tidak bertauliah sahaja pon oke.

*

Kemudian ternampak suatu ciptaan tuhan yang maha kaya. Tidak terbandingkan rekaan manusia di bawah sini. Cantik! Sungguh cantik! Subhanallah..

Bulan bintang senyum melihat kebahagian dunia *gambar dari CikguJawe

Dikhabarkan kejadian yang sama dikesan di Malaysia. Memang kita menumpang di bawah ‘cakra alam’ yang sama. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..