Friday, October 24, 2008

Lagi Kenangan Silam..

Hari ini baru mendapat khabaran kurang baik dari naib ketua yang baru pulang dari persidangan antarabangsa..

Tajuk projek kami bakal bertukar mungkin.. Fokus untuk menyiapkan Actual Research Proposal itu sedikit terganggu serentak dengan sapaan beliau tadi pagi..

Justeru, aku pulang awal lagi hari ini..

Buka notebook.. layan foto lama-lama, sampai timbul rasa rindu.. tidak semena-mena terhasil pula video ini..



Aduh teringat zaman muda dulu-dulu..
Saya budak baru belajar.. kalau salah jangan gelakkan!
Selamat berhibur!

Thursday, October 23, 2008

Lagi puas!

Sekarang terbukti.. memang ada spesis orang macam aku ini.. itulah kau.. aku tanya kau.. kau marah-marah.. kata aku suka bertanya bukan-bukan..

Lihat! Bukan aku cacat akal! Aku cuma berfikir dari satu sudut yang berlainan..

Refer semula perenggan akhir di sini. Soalan ini lebih kurang macam Paul Harwood tanya..
Cuma aku sudah tambah; cermin aku berpintu sangat pantas dan bersifat adiabatic (tiada pertukaran haba) keseluruhan..


Ini pula pemikir yang lain

Mark Gouldsberry

Georg Hager

Kalau memang wujud kotak hebat aku itu.. mesti semua geleng-geleng tidak percaya.. haish..
Adakah bisa?

*mengapa aku baru sedar sekarang.. isu ini sudah lama rupanya..

Wednesday, October 22, 2008

Mengantuk kepuasan..

Aduh.. mengantuk pula mata ini… semalam tidur lewat.. gara-gara membantu tetamu yang datang ke rumah.. sudah dua hari beliau singgah ke rumah.. mahu bantuan untuk projek katanya.. beliau ini lebih sedikit umurnya, maka itu aku ada sedikit segan mengajar beliau itu ini.. tetapi selagi daya aku cuba.. setelah dua hari, baru malam tadi.. aku, beliau dan seorang sahabat.. telah dapat mengeluarkan berbagai-bagai lagi teori yang bukan-bukan itupun setelah tarikh bertukar..

Benarnya semalam.. ada seminar.. maka bermula sembilan pagi sehingga enam petang baru pulang.. lalu dapat menyambung kerja membantu beliau.. jadi, malam itu dapat kami rekodkan segala ralat-ralat yang mungkin adalah penyebab kepada ketidakberkesanan rekaan baru itu..

Harap hari ini hari cerah untuk beliau.. agar dapat mempersembahkan teori-teori baru itu pada ketua beliau dengan baik.. tapi sepanjang pengiraan aku semalam.., aku hampir pasti bahawa teori-teori itu betul.. sekurang-kurangnya poin utama kita.. sepertimana kata sahabat: Teori ini setakat ini adalah yang terbaik.. jadi ini patut kamu highlight kan pertama pada ketua kamu esok,oke!.. Semoga beliau sukses..

Aku mengantuk, tapi puas..

p/s: bukan sombong atau berlagak di sini, sengaja isi masa.. mengantuk!

Tuesday, October 21, 2008

Simpan Dalam Hati..

Mahu lihat gambar bukan? Jadi ini dia..

Tidak pasti tarikh sebenar capture gambar ini.. yang pasti selepas 31 Ogos 1985..

Ini lah wanita itu.. insyaAllah.. minta kamu semua doakan.. moga dipermudah dan disempurnakan urusan..


p/s: Janji sudah kota.. tidak kata mahu gambar baru atau lama bukan?.. (“,).-.-…

Sunday, October 19, 2008

Saturday, October 18, 2008

Sepohon kayu..

Perlawanan bolasepak persahabatan sabtu itu.. kami menang ke atas Korea 4-3 dan Philipines 2-1. Minggu lepas lawan Brazil seri 3-3.. Tahniah untuk team kita!

Aku tetap datang menonton perlawanan.. berjeans tanda masih belum mampu bermain semula.. rasa sangat ingin berlari-lari bebas.. Boot baru itu sudah bersih semula.. Stoking semua dalam drawer.. rapi.. sampai tadi timang-timang sayang bola itu.. kaki ini sakit semula.. sedarlah kamu sudah tua.. cacat pula! Seloroh kasar kawan-kawan.. aku tersenyum sahaja *jangan tanya dari mana selipar yang dibaling pada kamu itu..

Ramai tenaga muda dalam team ini sekarang.. jadi kuda tua sudah boleh rehat-rehat.. tapi betul team ini memang hebat.. meskipun tanpa AbangPostgrad@Master itu..

Selama ini aku memang suka exaggerate bikin sedap cerita.. Setahu aku.. aku tidak tipu.. tapi kalau memang ada yang terasa dengan post-post sebelum ini.. aku mohon ampun.. terasa juga ingin jadi baik seperti KS dan Arina.. itu sahaja, Assalamualaikum kawan-kawan semua..

***

Kawan-kawan memang dari dulu kalau aku cerita mahu jadi baik mereka kata: boleh blah! Tambahan pula bila aku kata aku ini ibarat kain putih..

Sepohon kayu daun nya rimbun..